"Sebaik-baik MANUSIA ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia lain." (Hadis)
Wednesday, December 29, 2010
BILA DIRI DIHARGAI....
Saturday, December 4, 2010
JOIN JEMAAH: SIAPA KATA SIA-SIA?
- Namun, rezekiku di Abim Johor. Aku memulakan tugas sebagai sukarelawan di Sekretariat Abim Johor, Mustika Embun pada 1 Mei 2010. Dalam masa yang sama, aku juga menjadi pembantu penyelidik (sosial) kepada seorang pensyarah UTM yang menyambung pelajaran dalam PhD UK. Aku memulakan tugasanku seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Dan seterusnya, sampai ke lewat malam aku membuat kerja2 penterjemahan untuk dapatan kajian pensyarah UTM tersebut.
- Seterusya, lantaran terlalu bosan di pejabat, aku mohon jadi pengasuh di Taska Mustika Embun (bersebelahan Sekretariat Abim Johor). Aku memulakan kerjaku seawal jam 7 pagi, hingga kekadang 11 malam. (Bergantung kepada OT, dan ibubapa kepada kanak2 jagaanku). Kerja disitu memang penat lantaran kekurangan staf TAPI, sangat seronok sebab berhadapan keletah kanak-kanak kecil yang pelbagai ragam. Kekadang akibat terlalu letih, ada juga rasa nak marah, TAPI mesti tak jadi bila anak-anak tersebut buat muka kesian, tersengih2, dan manja serta memanggilku, " mama, ibu, mak". Hahahaha, sangat kelakar bila terkenangkan anak-anak disana. Aku disana selama 2 bulan, dari bulan Julai sampai Ogos.
- Kemudian, aku memulakan kerja sebagai Pengurus kerohanian di Rumah perlindungan Darul Wardah (Darwa) seminggu selepas raya iaitu pada 20 September. Sehingga entri ini ditulis, aku masih lagi menjawat tersebut. Aku sudah masuk bulan ke-2 di Darwa. Namun, aku juga tidak lama disini kerana mendapat jawatan lain yang kurasa cocok denganku, dan bidangku.
- Tidak lama lagi, aku akan memulakan tugasku sebagai Pensyarah pengajian Malaysia di Kolej Uniti, Pasir Panjang Port Dickson. Dalam hati ini, kuselalu berdoa agar inilah yang terbaik untukku dan urusan agamaku, InsyaAllah.
Sunday, November 28, 2010
MISTERI SIAPA Q..A...
Saturday, November 27, 2010
BOSAN...Perlukah???
Friday, November 26, 2010
KENAPA PERLU BERASA 'DOWN'???
Wednesday, November 24, 2010
FOR MUSLIMAH IN HIJAB: FREE
Monday, November 22, 2010
PELAN HIDUP
KERANA CINTA, KELUARGA DISISIHKAN
Ini merupakan satu kejadian benar yang menceritakan kepada kita gejala gadis melarikan diri kerana cinta. Menariknya, 99.9 peratus kes hilang kerana cinta adalah melibatkan golongan perempuan,namun ada juga sebilangan lelaki lari mengikut kekasih. Kesemuanya melibatkan golongan bumiputera bukan Islam. (Kosmo Online, 22 Jun 2009).
Thursday, November 11, 2010
PILIHAN HIDUP...
Monday, November 8, 2010
Friday, October 29, 2010
....PILIHAN....
Tanyakanlah pada dirimu...dan
Hidupmu tidak akan pernah sama lagi...
Kehidupan kita hari ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat semalam
Dan kehidupan kita pada esok hari ditentukan oleh keputusan kita pada hari ini..
***
Adakah anda mahu sengsara dikemudian hari?
Atau adakah anda mahu bahagia?
Anda berhak membuat pilihan.
Keputusan di tangan anda.
***
Tahukah akan dikau pilihan yang tepat???
Jawapannya...
JAUHI MAKSIAT DAN ZINA PERBUATAN KEJI
InsyaAllah, bahagia akan kau kecapi
Bukan sahaja didunia, di akhirat lebih abadi
***
Tutupah rapat-rapat semua pintu menuju kehancuran
Bukalah seluas-luasnya pintu kebahagiaan
BERBAHAGIALAH MENJADI GADIS SUCI &
BERBANGGALAH MENJADI TERUNA HEBAT!!!
DAKWAH DAN TEKNOLOGI
Tranformasi teknologi yang sangat pesat merupakan kesan ledakan era globalisasi yang berlaku seawal abad ke-18. Dasar ‘langit terbuka’ yang mewarnai zaman globalisasi membolehkan manusia berhubung secara terus tanpa halangan geografi dan batas masa. Pelbagai alat teknologi yang sofistikated dicipta bagi memudahkan urusan manusia.
Walaupun kemajuan teknologi seperti penciptaan telefon mudah alih,dan internet sering dikecam kerana mengikis nilai moral masyarakat dewasa ini, namun, dari satu perspektif yang lain, sebenarnya ia membantu para pendakwah untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih meluas dan berkesan.
Jika diteliti, dahulu kala, pendakwah selalu digambarkan sebagai seorang yang membaca kitab-kitab lusuh di pondok-pondok, surau-surau dan masjid-masjid. Para hadirin pula kebanyakkannya terdiri daripada golongan manusia yang sudah berada di penghujung usia.
Namun, sepantas masa berlalu, metod penyampaian dakwah harus juga dikemas kini agar sesuai dan seiring dengan masa dan waqi’ (tempat). Jika dahulu ceramah-ceramah tanpa bantuan alatan teknologi sudah cukup, namun ia tidak lagi sesuai diaplikasikan di masa sekarang.
Bukan niat untuk memperleceh para pendakwah dahulu, namun sekadar lontaran buah fikir kepada pendakwah generasi masa kini agar mengaplikasikan teknologi dalam bidang dakwah agar lebih versatile. Mahu tidak mahu, para pendakwah harus juga mempelajari dan menguasai sedikit sebanyak ilmu teknologi sebagai pelengkap menghadapi para mad’u yang semakin ‘advanced’. Jika kita masih ditakuk lama, berdakwah melalui ceramah semata-mata, takut-takut dakwah kita tidak kemana.
Untuk mengelakkan problem dakwah ‘syok sendiri’, eloklah kita kaji keperluan audiens kita yang terdiri daripada remaja-remaja yang semakin tenat dengan nilai moral dan adab. Demi menghadapi mereka ini, kita harus terlebih dahulu celik teknologi kerana mereka ini adalah produk daripada letusan teknologi dan maklumat beberapa dekad terdahulu. Dakwah secara ceramah semata-mata tidak mampu untuk menarik hati dan perhatian mereka. Kita sebagai pendakwah harus lebih kreatif, lebih berinovasi, lebih advanced dalam menyampaikan mesej amar makruf dan nahi munkar. InsyaAllah, kesannya tidak akan mengecewakan.
Tengok sajalah dakyah-dakyah yang mengelirukan umat kita yang terdapat diruang internet. Bebas, sebebas-bebasnya tersebar dan senang pula dicapai maklumatnya kerana hanya dihujung jari. Lebih malang, anak-anak muda kita lebih percaya apa yang tertulis di internet berbanding di dalam Kitab dan Sunnahnya. Jadi, bagi menangani masalah ini daripada semakin teruk, adalah lebih baik para pendakwah mengambil inisiatif dengan memanfaatkan teknologi untuk kerja-kerja dakwah agar memenuhi kehendak semasa tuntutan zaman. Wallahu’alam.
Sunday, October 24, 2010
BILA SUDAH TERLANJUR...
Bangkitlah Remaja Islam
Labels
- Advokasi Massa
- Agama
- Aktivisme
- Beli buku
- borak-borak
- cakna semasa
- Cinta
- dakwah
- Dilema
- Fikir
- Gadis
- gender
- Gerakan Islam
- Gerakan Pelajar Islam
- Hati
- Hati-hati
- Hijab
- Hormat
- Impian
- Inspirasi
- Jenayah
- Keluarga
- Kembara Pendidik
- Kepimpinan
- Kewangan
- Komunikasi
- Misteri
- Muhasabah
- Muslimah
- Nilai Diri
- Pemikiran
- pendidikan
- Penulisan Media Massa
- Perjuangan
- Perkahwinan
- Personaliti
- politik
- remaja
- Reviu Filem
- Sajak
- Sentap
- Siri Bahagia Menjadi Gadis Perawan- Diriku Permata Berharga (Dermaga)
- tarbiyyah
- Terkenang
- Teruna
- Tokoh Wanita Islam
Search This Blog
BUATMU REMAJA
Salam Mahabbah!!!
Mimosa????
- Faridah Mohd Tap
- Kluang, Johor, Malaysia
- Faridah Mohd Tap ialah seorang anak peneroka FELDA Ulu Belitong, Kluang Johor. Mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara. Mendapat lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dan Komunikasi dari UIAM 2010. Giat sebagai penulis bebas dan artikel beliau pernah terbit di pelbagai akhbar seperti Berita Harian, Kosmo, Sinar Harian dan The Malaysian Insider. Juga bekas kolumnis di Majalah I, Karangkraf untuk ruangan Remaja dan Suami Isteri. Antara lain, Majalah Dewan Masyarakat DBP, Majalah Dara.com, Milenia Muslim dll. Dalam pendidikan, pernah bergelar tutor sambilan di UPM Holdings dan Kolej Dar-al-Hikmah. Kini Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, FPPM Kolej UNITI Port Dickson, NSDK. Berpengalaman dalam Aktivism Mahasiswa menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor, Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia dan ABIM. Beliau ialah penulis buku "BANGKITLAH REMAJA ISLAM" terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Boleh dihubungi di talian: 013-611 5468