Showing posts with label Terkenang. Show all posts
Showing posts with label Terkenang. Show all posts

Monday, April 18, 2011

TERKENANG SEMASA DULU...

Tetiba aku terfikir tentang umurku. Huhu..umurku dah 25 tahun. Macam sekejap dirasakan. Dulu masa kecik-kecik aku selalu berfikir cepatlah dewasa sebab nak berdikari dan berusaha sendiri. Sekarang bila sudah dewasa, aku teringin kembali ke zaman kanak-kanak. Walaupun di ulit seribu kepayahan, tetapi aku seronok. Seronok dengan caraku sendiri.


Sedari kecil sudah biasa berikat perut kerana selalu tiada duit untuk berbelanja, berendam peluh berjalan kaki sedari tadika sampai tingkatan 5 di tengah panas terik, berbasah kuyup kalau hujan dipertengahan jalan, berjalan dalam gelap seawal jam 6 pagi menuju ke bus stop sebelum menaiki bas ke sekolah Menengah Arab dari tingkatan 1 hingga 5.


Tidak setakat itu, dalam keletihan, kugagahi juga ke sekolah agama sesi petang walaupun terlewat kerana kelewatan bas. Aku gembira kerana mendapat pengecualian dari ustazah kerana aku satu-satunya yang bersekolah Arab dan masuk ke sekolah agama di tempatku sehingga tamat sijil darjah khas dengan cemerlang (walaupun laporan kehadiranku sangat teruk). Ulang alik aku ke sekolah seawal pagi hingga ke lewat petang.


Pertama kali duduk di asrama semasa di tingkatan 6 buatku janggal berjauhan dengan keluarga. Tapi itu semua permulaan sebelum aku mendapat panggilan memasuki pusat matrikulasi UIAM di Petaling Jaya. 5 bulan berada di asrama cukup memberikan aku kekuatan untuk berada di perantauan dan berjauhan dengan keluarga. Aku masih ingat, kakakku ketika belajar di UM mengajarku perjalanan pulang ke Matrik dan kampong menaiki bas dan LRT supaya aku boleh berdikari sendiri semasa di awal pembelajaranku di PJ.

Aku banyak bergerak sendirian. Pernah juga dalam perjalanan pulang ke Pusat Matrikulasi, HPku hilang kerana dicuri di depan Kota Raya. Aku sedih bukan kepalang, kerana walaupun bukan HP canggih (hehe), tapi itulah barang pertama yang berharga kubeli menggunakan duit dengan titik peluh sendiri. Hampir satu sem aku tidak gunakan HP sehingga ayahku berikan satu kepadaku. Alhamdulillah. Kemudian, beberapa lama kemudian, kupulang semula setelah kubeli yang baru. Dan kuguna hingga saat ini.


Setelah tamat belajar sehingga mendapat sekeping ijazah. Aku memulakan langkah dalam membina episod kehidupan baru. Dalam tempoh setahun aku tamat belajar, pelbagai kerja aku lakukan. Bermula sebagai sukarelawan di Abim Johor, pengasuh kanak-kanak, pengurus kerohanian di rumah perlindungan wanita Islam sehinggalah sekarang sebagai pendidik di kolej. Semuanya penuh suka duka yang harus ditempuhi. Mungkin ada yang bertanya, kenapa aku asyik bertukar kerja. Aku akan tersenyum dan menjawab ringkas, mencari satu bidang kerjaya yang benar-benar membuatku puas dan demi masa depanku sendiri. Sehingga saat ini, aku puas menjadi pendidik.


Entahlah. Aku tidak pasti kenapa aku terkenangkan masa lalu dan coretkan di sini. Mungkin sebab aku mahu memotivasi diri untuk terus mara ke depan walau apa jua halangan. Ya, terus maju tanpa toleh ke belakang. I believe I achieve! Nak jadi superwoman ni...kui3x.



Friday, April 2, 2010

MISTERI 3:20 PAGI
(dup..dap…dup..dap..dup..dap)



Tuk..tuk..tuk…(pintu bilikku diketuk)

“Siapalah pula yang datang bilik pagi-pagi ni”, bisikku didalam hati sambil melihat jam.-3:20pagi.

Aku membuat tidak endah. Rasa cuak pun ada. Selama aku tidur lewat belum pernah ada orang mengetuk pintu pagi2 sebegini.

Tuk..tuk…tuk…( pintu bilikku diketuk sekali lagi)

Nak buka ke tak nak ek”, monologku didalam hati.

Tuk…tuk…tuk…

Akhirnya aku bertawakal dan berlalu membuka pintu bilikku.

Sejurus kubuka, seorang sister terduduk lemah. Aku punyalah terkejut, dan terus ku papahnya supaya lebih stabil. Dia kelihatan tersangat lemah. Sister itu adalah wanita Bosnia yang tinggal bertentangan dengan bilikku. Selalu bertembung dengannya di bilik air, tetapi tidak pernah bicara, hanya mata dan bibir mengukir senyum sebagai sapaan.

Aku: Sister, what’s wrong with u?

Sister: water…water..(lemah sekali suaranya)

Aku segera mengambil air untuk diberikannya minum.

Sister: Thank you.

Dia kelihatan menggigil. Aku memeluknya erat. Aku tahu dia dari bilik air dan baru sahaja selesai mandi kerana dia memegang syampu, selain kulit tangan dan kakinya yang kecut akibat terlalu lama mandi.

Aku: Tell me, what happen to you? Are you sick? (tanyaku sekali lagi kerana dia terlalu lemah untuk bangun dari pangkuanku).

Sister: Can you please take me to my room.

Aku: Oh ok, with pleasure, come on.

Aku memapahnya. Bilik dia tidaklah jauh dariku, tetapi yang menjadi kehairanan, kenapa dia boleh menuju ke bilikku yang paling jauh dari tandas padahal bilik dia sebelah je dengan tandas tu. Aku hanya diam membisu sambil melayan persoalan yang bertalu-talu datang ke kotak fikiran.

Sejurus pintu biliknya kubuka, terus kubawa dia berbaring diatas katil (sukar juga sebenarnya sebab tubuhnya 2 kali besar dari aku). Aku gunakan segala kekuatan untuk membantunya yang tidak berdaya. Aku menjalankan tanggungjawab sebagai jiran blok kerana dia tidak punya teman sebilik. (Lagipun dia baru je berpindah masuk bilik kosong itu awal semester ini).

Setelah dia berbaring,

Sister: water…water…water…(pintanya lagi)

Aku mencari air di atas mejanya dan segera kuberikan padanya.

Aku: erm..can you tell me, what happen actually? (pintaku lagi kerna blur)

Sister: I’ll talk to you later.

Aku diam kerna mengerti yang dia tidak mampu untuk berkata-kata. Aku tidak terus pulang kebilik. Aku menemaninya kerana tidak sampai hati membiarkan dia dalam keadaan sedemikian.

Kupegang tangan kanannya yang menggigil. Sambil itu kugosok2 supaya dapat mengurangkan kedinginan dan memberikan dia ketenangan. Aku menjaganya ibarat seorang jururawat. Dahinya kuletakkan dengan tuala lembab sebab katanya panas. Sesekali dia meracau, matanya melilau memandang ke kiri dan kekanan, atas dan bawah. Kemudian memandangku yang duduk disisinya. Dia tersenyum.

Sister: Thank you sister. Did you mind to stay with me.

Aku: It’s ok. But, may I take my notes first, then I’ll come back.

Sister: Yes, you may.

Setelah kuambil nota, aku kembali semula kebiliknya. Kusambung pembacaanku yang terhenti.
Tidak sampai beberapa minit. Dia meracau lagi. Kali ini dia muntah2 (sikit2 je).

Aku terus mendapatkannya dan mengurut belakangnya supaya kurang sedikit. Aku membersihkan dan membuang kotoran itu. Dia memintaku untuk kuat dan jangan takut.
Aku mengatakan aku tidak takut. Aku faham dia tidak sihat dan meracau2 itu perkara biasa bagi orang yang demam. Tetiba….

“Takbir! Allahuakbar…”jeritnya dengan sekuat hati sambil tangannya diangkat keatas seperti ingin berjuang.

Aku punyalah terkejut. Menjerit ditengah-tengah pagi bukan sesuatu yang biasa. Aku tetap memangkunya yang ketika itu sudah duduk dengan kaki terlunjur.

Sekali lagi dia ulang perbuatan tersebut dan untuk beberapa kali dia menjerit sekuat hati, (Aku yang memeluknya ketika itu rasa macam boleh pecah gegendang telinga..hatiku mula bergetar ketakutan). Namun, ku tetap memberanikan diri untuk terus bersamanya walaupun seorang diri.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain menemaninya dan mengurut belakangnya sambil membaca ayat kursi (dalam benak aku, dari gayanya macam kena rasuk je). Dia separuh sedar. Sekejap tersenyum sekejap tangannya meronta2 seperti ingin melepaskan diri dari sesuatu. Begitu juga kakinya. Aku memeluknya erat, sambil2 mengulang-ulang bacaan ayat kursi.
Keadaan kembali stabil, walau kutahu ramai yang terjaga dari lena akibat jeritannya yang terlalu kuat seperti mahu pergi berjihad.

Selepas kuberi makan keju dan air yang dia pinta, dia pun terlena. Aku menyambung kembali pembacaanku. Jam menunjukkan 4:46 pagi. Mataku pun sudah mengantuk. Aku memerhatikannya yang sedang lena, dan dengan perlahan-lahan kupulang semula ke bilikku. Sunyi sekali. Aku bergegas kembali kebilik, dah lah bilik aras satu. Takut gak ar.

***

Tidak berapa lama kemudian..

Dia menjerit lagi, “Takbir! Allahuakbar!!!!” kali ini bertambah-tambah kuat dan membuatkan semua orang terjaga.

Dia juga menjerit-jerit seperti orang mengamuk. Aku menjadi tidak senang. Mataku yang mengantuk kembali segar.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.

Roommateku menuju kebilikku dan bertanyakan tentang kebisingan itu. Dia mahu ke tandas, tetapi takut untuk keluar. Aku pun jadi takut tetiba sebab jeritannya semakin luar biasa.

Tidak berapa lama kemudian,

Sister itu datang dan mengetuk bilikku lagi…

Tuk…tuk..tuk…(sister, please open the door, I need your help..katanya perlahan tetapi dapat kudengari setiap butir bicaranya)

Aku tidak segera membuka pintu..aku meminta roomateku yang lain menemaniku.

Tetapi sebelum itu, aku mencapai tudung kerana kudengar suara lelaki. “Pak guard barangkali”, bisikku didalam hati.

Sejurus kubuka pintu, dia terus memintaku menelefon ibunya…

Dia terduduk longlai…manakala aku dan roommate lain tersangat blur.

Setelah didail nombor itu, aku meletakkan telefon bimbit itu didaun telingannya supaya dia sendiri bercakap dengan ibunya…

Dia menangis ketika bercakap dengan ibunya dalam dialek Bosnia. Aku dan roommate yang lain blur sesangat. Tidak tahu kenapa dengan sister Bosnia itu.

Tetiba, beberapa orang security guard lelaki dan wanita (4 orang kesemuanya) datang kebilikku.
Sister itu menjerit lagi kerana marah kerana lelaki itu datang dan terlihat auratnya. Aku meminta roomateku mengambil selendang untuk menutup rambutnya. Aku menenangkannya.

Kebisingan di pagi-pagi buta membuatkan semua penghuni blok tersebut keluar untuk menyaksikan apa yang terjadi.

Tidak berapa lama kemudian, principle Mahalahku dan seorang doktor pun datang.

Setelah di selidiki, barulah kutahu…

Rupa-rupanya sister Bosnia itu ada masalah psikologi. Dan itu bukan kali pertama dia berkelakuan sebegitu. Dia memang dah ada rekod sebagai pesakit psikologi. Dia merupakan pelajar UIA Kuantan yang mengambil kursus tilawah di Gombak..sebab itulah aku tak pernah berjumpa dengannya di mahalah sebelum ini.


Dia tetap menjerit2. Puas juga kiteorang memujuknya supaya bertenang. Oleh kerana dia selesa denganku, maka aku diberi tanggungjawab untuk melayannya dan memberi air selawat dari seorang Pak Guard.

Doktor itu memintanya untuk keklinik, tetapi dia menolak dan berjanji tidak buat lagi..

Setelah keadaan reda, doktor dan security guards pun pulang.

Sebelum itu, sempat juga kuberbual dengan principle Mahalah. Dia memintaku menjaga sister itu buat seketika.

Sister Bosnia itu mahu mengikutku kebilik. Aku membenarkan.

Dia tersenyum malu kerana akhirnya terjawab juga persoalan yang kuajukan kepadanya, tetapi dia tidak mahu terangkan…terungkai juga misteri kenapa dia berkelakuan sedemikian rupa.

***

Azan Subuh berkumandang dan aku segera mengambil wudhu’. Aku meminta sister itu untuk berehat (kebetulan ada satu bilik kosong).

Setelah kutunaikan solat Subuh, dan membaca Ma’thurat, dia datang kebilikku dan memberikan aku makanan dan buah-buahan sebagai hadiah menjaganya. Aku berborak ringkas dengannya, dan mengesyorkan dia supaya mengamalkan mathurat untuk kekuatan dalaman. Dia kelihatan begitu teruja mendengarnya dan dia menyatakan hasrat ingin membawaku ke Bosnia pada short semester ini. Aku menolaknya dengan baik dan dia kata mungkin lain kali aku boleh mengikutnya. Aku tersenyum sahaja.

Dia pun berehat..aku juga (semalaman tidak tidur melayani karenahnya, kepalaku sedikit pening). Aku perlu juga berehat kerana ada urusan petang ini.

Tidak sampai beberapa minit, dia kembali menjerit…“Takbir! Allahuakbar!!


Lekas kubangun dari pembaringan dan menasihatinya supaya slowkan sedikit suara kerana dia mengganggu dan menakutkan jiran2 satu blok…

Dia meminta maaf, dan berjanji tidak berbuat lagi…

Tetapi, belum sempat aku menuju kekatil semula… dia kembali menjerit…“Takbir!Allahuakbar!!

Aku menggeleng2kan kepala..

Dia menyatakan dia sedang gembira kerana dapat berbual dengan ibunya dan mahu memberikan aku ketenangan dengan bertakbir sekuat hati…aku senyum dan memintanya berhenti kerana dia bukan memberikan aku ketenangan tetapi sebaliknya…sabar jelah.

Tetapi dia tetap ulangi juga. Akhirnya, .aku biarkan sahaja kerna aku faham dia ada masalah psikologi dan perlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.

“Takbir! Allahuakbar! I’m very happy!!!!” jeritnya dengan suara yang nyaring.

Aku tertidur selepas Subuh dan tidak lagi kedengaran jeritan kegembiraannya itu…

***
Nota Mimosa:

Pagi Jumaatku bermula dengan peristiwa yang sangat unik sepanjang aku bergelar pelajar UIA.

Kekadang manusia ini kelihatan normal pada luarannya, tetapi siapa tahu ada sesetengahnya mempunyai masalah psikologi yang perlukan bantuan. Diakhir bicaranya sebelum aku tertidur, dia menyatakan kegembiraannya kerana dapat bercakap dengan ibunya di Bosnia yang sudah bertahun dia tidak bertemu.

Aku rasa, dia mengalami tekanan psikologi itu sebab kerinduannya yang tersangat mendalam pada ibunya yang dikhabarkan kepadaku tidak berapa sihat. Aku simpati dengannya, tetiba aku teringat ibuku dikampung..erm syahdu la plak…

Sebelum aku tertidur juga, aku terkenangkan tujuan pertamaku untuk memasuki UIA. Aku ingin sekali ambil jurusan psikologi, kerana didorong oleh perasaan kasihan sebabnya aku berpengalaman bertemu beberapa manusia yang mengalami sakit mental termasuk sex maniac, huhu.

Tetapi setelah berada di UIA, aku mengambil keputusan untuk menukar jurusan kepada Sains Politik atas sebab tertentu. Namun minatku pada psikologi tidak terpadam, aku suka membaca dan berkawan baik dengan beberapa sahabat yang mengambil jurusan psikologi, malah aku turut juga membantu mereka membuat eksperimen.

Namun, takdir Allah, memberikan aku jawapan, dengan menghantar sister Bosnia tersebut. Aku percaya keputusanku adalah ketentuanNya, kerana memikirkan masalah pemerintahan Negara ini lebih ringan dari berdepan masalah manusia yang kompleks dan semuanya penuh rahsia dan misteri. Erm…manusia…manusia…ciptaanNya yang paling misteri…

Ibrah yang aku pelajari dari peristiwa ini, kita kena berbuat baik dengan semua orang atas semangat ukhuwwah Islamiyyah, InsyaAllah akan ada ganjaranya diakhirat kelak. Dia berkata kepadaku” we need to be merciful with other human beings, you are so nice. You are my doctor and mom…”ringkas tapi bermakna sambil tersenyum dan memelukku. Dia menganggap aku emak dia la plak..terasa tua diri ini. Huhu.

***

Life is so mysterious. It was very unique experience in my life ever, indeed!!!

Wednesday, March 17, 2010

SAAT FIKIRANKU MENERAWANG DI DALAM KELAS...




Aku baru sahaja habis kelas 'Government Finance' untuk hari ini. Entah kenapa, fikiranku menerawang memikirkan perkara lain. Mungkin juga topik hari ini membincangkan topik yang aku sudah maklum dan Sir yang mengajar pun tidak menghuraikan dengan panjang lebar melainkan sesuatu yang aku sudah ketahui.

Dalam kelas tadi, tiba-tiba sahaja aku teringatkan tentang satu 'statement' yang pernah aku dengari untuk beberapa kali. 'Wanita merupakan punca kejatuhan tamadun'. Untuk seketika, ayat itu memenuhi ruang legar fikiranku. Erm, prejudis je bunyi ayat tersebut.
Tapi aku tidak pernah menafikan fakta itu. Mungkin kita sedia maklum tentang kejatuhan tamadun Rom yang berpunca daripada perebutan kuasa dan wanita antara si jelitawan Cleopatra, Marc Anthony dan Julius Caesar. Selain itu, banyak juga tamadun lain jatuh akibat wanita yang dieksploitasi sebagai hamba seks untuk menghancurkan lelaki dan masyarakat. Aku juga pernah terbaca dimana segagah -gagah lelaki boleh tewas dan tunduk dengan sebodoh-bodoh wanita hanya kerana punya rupa paras menawan dan liuk tubuh yang menggiurkan. Erm, dalam aspek ini, aku kasihankan lelaki yang kecundang dengan nafsunya.

Namun, itu semua wanita yang bukan berpaksikan kepada ajaran Tawhid. Islam telah mengangkat darjat wanita ke tempat yang paling tinggi sehingga diabadikan didalam Al-Qur'an seperti surah An-Nisa, surah Maryam dan pelbagai lagi. Didalam Islam, wanita menjadi pembina tamadun manusia dan pemangkin kejayaan para lelaki Muslim. Kita mungkin pernah mendengar 'statement' yang mengatakan ' Tangan wanita yang menghayun buaian mampu menggocangkan dunia' dan , 'setiap kejayaan lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya' juga 'pemudi tiang negara'. Inilah seharusnya ada pada diri setiap wanita, apatah lagi wanita Muslimah.

Wanita Muslimah harus adil dengan dirinya sendiri. Maksudnya? erm, sebelum itu, adil disini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika kita dinamakan Muslimah, sudah tentu corak pemikiran, cara berpakaian, budaya hidup juga seperti Muslimah. Tapi, dewasa ini, ramai wanita yang bergelar Muslimah, tetapi segala-galanya budaya Barat. Dari cara berfikir hinggalah budaya hidup, semua mengagungkan Barat. Bukan ke itu suatu bentuk ketidakadilan pada manusia jenama Muslimah, ke itu semua kita patut panggil Muslimah 'plastik'. Erm...

Islam telah melahirkan ramai wanita agung yang menjadi salah satu faktor kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu. Nama seperti Saidatina Khadijah, Saidatina 'Aisyah, Saidatina Fatimah, Saidatina Hafsa, Saidatina Hafsa, Nusaibah, Khaulah, Naila Al-Farafisyah, Ratu Balqis, Asma, Halimatus Sa'diah, Rabi'atul Adawiyah, Maryam, Asiah dan ramai lagi (tak tertulis nama2 mereka) sepatutnya tidak asing bagi kita. Merekalah srikandi Muslimah sejati yang berjiwa rabbaniy,berjuang dimedan Islami, peniup semangat kepada Muslimin, malah merekalah bidadari disyurga abadi.

Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda” (Riwayat Bukhari).Aku sangat kagum dengan mereka. Walaupun mustahil aku mampu jadi seperti mereka, sekurang-kurangnya, aku punya usaha mencontohi semangat juang mereka, InsyaAllah.

Tambahan lagi, wanita di dalam Islam ibarat bunga. Hadirnya bukan sekadar penyeri, tetapi punya hikmah tersendiri. Sebagai contoh, mana datangnya madu yang berkhasiat, jika bukan dari bunga yang segar dan suci. Begitu juga manusia, mana datangnya manusia hebat jika bukan kerana lahirnya dari wanita yang juga hebat lagi suci (lelaki termasuk sekali).

Rasulullah s.a.w. sendiri mengibaratkan wanita sebagai bunga semalu. Setiap elemen yang menghiasi bunga semalu (bunga, akar, duri dan sebagainya) punya falsafah yang menggambarkan itulah kejadian dan jati diri wanita Muslimah yang seharusnya. Sungguh, aku amat terharu bagaimana Rasulullah s.a.w menyanjungi dan memuliakan wanita.

Ibrahnya, aku ingin menjadi wanita Muslimah pembangun generasi Rabbaniy, pemangkin kejayaan lelaki Muslimin dengan semangat perjuangan yang tidak pernah padam, menyumbang kepada pembinaan tamadun Islami...kerana ia belum lagi terlewat. Aku seorang, sudah tentu tidak mampu, justeru aku perlukan kalian sejantina denganku..Ayuh! kita menjadi bunga2 Islam.





p/s: 'Flower in Islam' adalah refleksi impian dan cita-cita aku sebagai wanita Muslimah dan aku berusaha menjadi bunga yang mekar dengan cahaya Islami (InsyaAllah). Manakala, Bashful Mimosa @ Mimosa adalah nama saintifik kepada pohon semalu. Kemana-mana aku akan gambarkan diri ini sebagi pohon semalu..biarpun kecil, tapi berjiwa besar, biarpun tumbuh ditanah yang sering dipijak orang, namun, falsafah perjuangan hidupnya menjulang tinggi kelangit.Itulah rahsia Mimosa....:)






Saturday, January 30, 2010

ADUHAI GADIS MUSLIMAH....

Aku seorang gadis muslimah
Kamu juga seorang gadis Muslimah
Aku dan kamu menjadi cerminan antara satu sama lain

Aduhai gadis Muslimah
Jika antara kita berkelakuan tidak molek
Ia menjadi fitnah sesama sendiri
Malah ia menjadi fitnah besar terhadap agama kita, Islam yang suci


Aduhai gadis Muslimah
Aku kasihkan kamu kerana Ilahi
Aku tidak mahu kamu dengan dunia kamu sendiri
Dunia yang penuh dengan kemaksiatan
Dunia yang penuh kemungkaran
Dunia yang penuh keji



Aduhai gadis Muslimah
Dalam diri kita punyai satu tempat suci
Mahukah kau tahu???
Mari aku bagitahu
Ianya 'RAHIM'
Kurniaan terbesar Tuhan Ar-Rahim-Yang Maha Pengasih
Tempat awal wujudnya jiwa baru
Hidup dengan hembusan ruh dari Ar-Rahim
Jagalah ia sebaik mungkin
Jangan pernah dicemari dengan zina perbuatan keji


Aduhai gadis Muslimah
Sungguh, kejadian kita sangat indah
Seharusnya keindahah itu dijaga rapi
Dijaga seperti sebuah permata didalam peti besi
Kuncinya hanya dipegang oleh insan lelaki berjiwa murni
Dialah suami yang dijanjikan Ilahi
Pesanku sekali lagi
Jangan biar diri terjebak dengan zina perbuatan keji

Aduhai gadis Muslimah
Aku berdoa di dalam hati
Agar kita semua dipelihara Rabbul'Izzati
Agar diri kita diberkati
Agar diri kita menjadi pelahir satu generasi
Generasi kemudian penyambung warisan Nabi
Membawa panji penyebar Tawhid di segenap pelosok bumi
InsyaAllah