Showing posts with label Sentap. Show all posts
Showing posts with label Sentap. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Orang lelaki memang suka kepada perempuan yang cantik. Betul bukan? Mungkin ada yang cuba menafikan, tetapi itulah realiti fitrah kebanyakan lelaki normal. J
Mungkin pasangan anda gemar melihat kepada awek-awek cun. Apa yang akan anda lakukan? Adakah anda makan hati lalu merajuk? Cubit pasangan anda dan mengatakan ‘amboi! Mata tengok siapa tadi? Gatal ye!’ atau anda balas dendam dengan melihat lelaki lain yang lebih hensem dari pasangan anda dengan harapan dia pun rasa sakit hati sepertimana anda? Haa..
Apa yang sepatutnya dilakukan? Baik..disini ada beberapa suggestion yang mungkin berguna untuk mengurangkan sakit di hati (yelah, perempuan mana tak tergugat kalau pasangan dia mata keranjang, apatah lagi hidung belang.)
Pertama; daripada anda makan hati dan merajuk, lebih baik anda makan hati lembu masak kicap dan berulamkan jantung pisang. Sekurang-kurangnya anda lupa kepada sakit hati tersebut sebab sibuk menikmati kesedapan makanan tersebut. Bila kenyang, hati pun riang...InsyaAllah. Buat ape nak merajuk sebab lelaki macam tu kan...buang masa je. Kui3x.
Kedua; anda kena siasat dahulu. Kekadang lelaki ni hanya bergurau sebab suka nak menyakat dan melihat reaksi pasangannya. Bila anda terlalu ambil serius, cemburu buta..tak pasal-pasal makan diri. gurauan tadi bertukar bencana yang merosakkan hubungan..haa...Tapi orang lelaki pun satu, gurau tu biarlah bertempat. Kalau pasangan anda memang cemburu buta janganlah bergurau dengan perkara-perkara yang macam tu...tak ke namanya cari bala tu.
Ketiga; siapa suruh cari pasangan mata keranjang? Tapi tulah orang-orang tua kata ‘cinta itu buta’. So, terimalah hakikat dengan lapang dada...(masalahnya boleh ke? Hmmmm)
Keempat; tinggalkan je lelaki macam tu. Daripada anda rasa sakit hati, lebih baik anda bebaskan diri daripada ada hubungan dengan si hidung belang. Bukan apa, bila pasangan anda begitu berani mengatakan awek itu cantiklah, awek ni cantiklah, itu maknanya die tak hormat anda. Sebelum anda pergi jauh dengan pasangan anda tu, fikir-fikirkanlah!
***
Nota Mimosa:

Kepada lelaki (jua perempuan)...jagalah pandangan. Kita semua perlu tahu, apabila seorang wanita keluar rumah, maka si syaitan akan menghiasi wanita tersebut dengan 1001 kecantikan supaya mata kaum Adam tertancap pada diri wanita tersebut.
Dan bagi yang sudah berkahwin, apabila anda terpikat kepada seorang wanita, segeralah pulang mencari isteri anda. Sebabnya, apa yang ada pada diri wanita tersebut, ada pada isteri anda juga. Daripada anda melakukan maksiat, lebih baik buat ibadat. Faham-faham sendirilah ya.
Wallahu’alam. Semoga kita tergolong dalam orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb!
Jaga pandangan, jauhi zina!

Saturday, January 1, 2011

Hanya untuk bacaan masyarakat Muslim sahaja...


Bila menjelang 1 Muharam ramai yang tidak tahu. Namun, bila menjelang 12 tengah Malam 1 Januari...haa...semua tahu. Bunyi sorakan, bunga api, pesta-pestaan hingar-bingar di sana-sini terutama di pusat-pusat bandar.



VS



Entri kali ni, aku nak bezakan sikit sambutan tahun baru dalam Islam (1 Muharam) dengan 1 Januari...
  • 1 Muharam menjelang sejurus selepas masuk waktu maghrib yang merupakan starting point hari baru dalam Islam. Manakala, sistem Barat, pertukaran hari bermula sejurus jam menunjukkan 12 tengah malam.
  • Sebelum maghrib (waktu2 akhir 30 Zulhijjah) umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun sebagai meminta keampunan kepada Allah 'Azza Wa Jalla terhadap dosa2 lampau. Manakala, menjelang detik 1 Januari, kedengaran bingit suara orang ramai melaung2kan countdown " 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4,3,2,1...SELAMAT TAHUN BARU" disusuli dentuman bunga api.
  • Sejurus selepas masuk waktu maghrib, selesai menunaikan solat fardhu, kita digalakkan membaca doa awal tahun agar tahun itu sentiasa dalam kebaikan dan keredhoaan dari-Nya. Berbeza dengan 1 Januari, kebanyyakannya lebih suka menyambutnya dengan berkonvoi, bersorak, berpesta hattaa...hmmm, fikir2lah sendiri.
  • Diawal Muharam, kita digalakkan untuk berpuasa sunat. 1 Januari...ramai yang pergi berhibur, makan2 dan sebagainya.
  • dan...1 Muharam tidak menganggu waktu tidur berbanding 1 Januari yang disambut dengan hiruk pikuk sehingga mengganggu waktu tidur dan rehat (lagipun dah terang nyata Allah berfirman dalam Qur'an waktu malam adalah waktu berehat, tapi digalakkan untuk berjaga untuk muraqabah padaNya bukan berpesta2)..hehe :)
Nota Mimosa:

Hmmm, sebenarnya tak salah pun kita menyambut tahun baru 1 Januari sebab sudah sebati dan menjadi adat sebahagian masyarakat sini. Namun, apa yang aku tak gemar, sambutannya di sambut melampau2 dengan berpesta2 an, jeritan2, konsert2. Ada juga yang end up dengan pesta seks liar. Sebab tu jabatan Agama seluruh negara dan NGO2 Islam, akan mengadakan pemantauan wajib bagi mencegah benda2 ni terutama di kota-kota besar. Ayoooo....tirai tahun baru je di buka dengan kejadian2 tidak bermoral. Apatah lagi pelakunya sebahagian remaja belia beragama Islam. Apa nak jadi??? semoga kita semua sempat bertaubat sebelum tiba panggilan Ilahi dan azab siksaNya. Amin Ya Rabb.

Monday, April 12, 2010

2+1= Zina, Buang Bayi dan Lain-lain


Semalam sekali lagi kes pembuangan bayi berlaku di Sungai Choh, Rawang. Mayat bayi lelaki tersebut dijumpai di tempat pembuangan sampah yang dipercayai dibuang sejurus selepas dilahirkan. Aku sangat yakin ia perbuatan pasangan yang berzina. Astaghfirullahal'azim.

inilah rupa bayi tersebut...sangat kejam siapa yang melakukannya.

Apa nak jadi ya???Gejala tidak bertamadun ini bukan baru berlaku. Tetapi yang merungsingkan, ia semakin menjadi-jadi pula. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja berita pembuangan bayi didalam sungai, di tempat pembuangan sampah, di tepi longkang, di masjid-masjid,di kawasan perkuburan dan tandas.

Semua orang yang berperikemanusian pasti marah dan geram dengan perbuatan manusia yang bertopengkan syaitan ini. Haiwan pun reti sayangkan anak. Inikan pula manusia. Memang bukan manusia, tetapi pesalah ini ialah syaitan yang menyamar jadi manusia.

Pelbagai usaha sebenarnya dijalankan untuk memberi kesedaran tentang isu ini. Dari berkempen hingga kepada khutbah jumaat, tapi semuanya seakan-akan tidak berkesan. Mana silapnya ya???

Aku percaya semuanya berpunca daripada hubungan dan pergaulan manusia lelaki dan perempuan yang tidak terbatas+zina, anggota badan dan pancaindera yang tidak terjaga, keluarga yang liberal, selain tersalah konsep tentang nikmat bercinta.

Zina adalah salah satu dosa besar (antara babak dalam filem Rempit-sangat merepek2)

Bila dah terlanjur berzina, dah mula ada isi dalam rahim, mulalah gelabah. Masa tu cinta, sifat kasih sayang, prihatin hilang lesap tanpa kesan. Yang ada hanyalah malu pada masyarakat kalau perbuatan terlaknat diaorang diketahui umum. Malu dengan Tuhan tak difikirkan pula. Manusia macam ini memang keterlaluan. Sanggup membunuh bayi tak bersalah. Kalau dikebumikan sekurang-kurangnya adalah sikit sifat manusia tu, tapi kalau dah sampai tahap buang merata-rata tempat dan dibakar pula....memang manusia durjana yang keterlaluan. Apalah yang ada dalam fikiran diaorang agaknya tatkala hendak buat kerja keji tersebut. ????



antara bayi -bayi yang dibuang tanpa sedikitpun perasaan prihatin

Marah memang marah. Tapi diaorang pasti takkan dengar punyalah. Jadinya apakah cara yang paling baik untuk mengatasi masalah ini ya???. Apa-apapun, aku percaya hanya melalui sistem tarbiyyah dan pendidikan dapat menangani gejala ini dari berterusan selain usaha-usaha lain. Bila sistem pendidikan terencat maka yang lahir nanti manusia keparat. Kalau sistem bagus, akan lahirlah manusia yang juga bagus akhlak dan moralnya, InsyaAllah.

***

Antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:-


"Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman, dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya." (Riwayat Al-Hakim)

"Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya." (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)

" Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk." (Riwayat AlBazaar)
"Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja." (Sahih Muslim).

"Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya." (Riwayat At-Tabarani)
"Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya." (Riwayat Al-Hakim)

"Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim).

" Dan seorang yang bersentuhan dengan babi yang berlumpuran dengan lumpur yang busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabarani).

***

Nota Mimosa:

Melihatkan anak2 saudaraku yang kecil didepan mata mengingatkan aku akan nasib malang bayi-bayi yang dibuang, didera, dibunuh tanpa belas kasihan. Siapa yang akan membela hak mereka??? Wahai bayi-bayi kecil yang dikejami manusia laknat! sesungguhnya syurgalah tempat kembali kalian yang terindah. Itu janji yang Maha Pengasih.

Solat adalah perisai diri kepada semua durjana di muka bumi ini. Jika kemaksiatan masih lagi bermaharajalela, maka haruslah diperiksa rukun Islam yang satu ini dalam setiap diri individu-menunaikan kewajipan solat-.

Iman adalah kepercayaan yang terlafaz dalam syahadat dan percaya dengan yakin bahwa setiap perbuatan didunia ini pasti akan ada balasannya didunia mahupun diakhirat.

Sesungguhnya, pintu taubat itu maha luas sesuai dengan sifat pengampun Allah Ta'ala. Bertaubatlah sebelum terlambat, jangan sampai kita menyesal hidup didunia.

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud,
"ketika Allah telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas arsy yang berbunyi: Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan Murka-Ku). (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah).


Manusia itu sering terlupa dan berbuat silap,
maka sebaik-baik manusia ialah yang bertaubat.

Monday, February 15, 2010

ISLAM TERUS DIPERLEKEH...

Sejak zaman-berzaman, Islam di perlekeh. Dari zaman jahiliyyah lebih 1400 tahun terdahulu hinggalah sekarang. Islam terus dibenci. Mengapa???

Kebencian kuasa Barat terhadap Islam terus menjadi-jadi. Mereka tetap tegar dengan kempen anti-Islam di serata pelosok dunia walau mendapat tentangan pihak Muslim sendiri. Islam terus disalahkan. Islam terus diperlekeh. Islam terus dihina. Islam terus ditindas. Islam terus dilabel negatif. Mengapa????

Kesabaran umat Islam terus dicarik-carik. Satu persatu insiden anti-Islam mencalar kesucian Islam sebagai agama yang benar seperti janji-Nya, '' Inna Ad-Dinu 'Inda Allah-i- al-Islam" terus-terusan diperkotak-katikkan Kafir durjana. Mengapa???


Beberapa contoh kempen anti-Islam...

Al-Qur'an digambarkan sebagai kitab yang mengajar penganutnya kepada keganasan.


Antara contoh lain Islamphobia. Islam diertikan sebagai agama keganasan.


Penganut Islam terus dianiaya...berapa ramai lagi akan terkorban akibat kebencian Barat ini???


Kempen anti undang-undang shariah yang dikatakan menindas dan kejam...paling sedih, ada segelintir Masyarakat Muslim sendiri memperlekeh hukuman syariah ini...



Islam disamakan seperti gerakan Nazi...


Islam dan kitab suci Al-Qur'an disama ertikan sebagai Mein Kampf, manifesto Hitler



Rupa hodoh Geert Wilders yang menghasilkan kontroversi murahan dengan menerbitkan filem 'Fitna' yang merupakan fitnah terbesar buat Islam di Belanda tidak berapa lama dulu...



Tanpa bukti kukuh, Islam disabitkan sebagai pesalah kepada serangan ini...maka bermulalah kempen yang dinamakan 'war on terrorisme' yang bertujuan membanteras sebarang aktiviti terrorism (Islam) dibawah kepimpinan Bush...


Dimanakah kita???


Muslim yang akan membela agama-Nya.


Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menjadi hamba-Mu yang dapat membela dan mempertahankan kesucian Islam sebagai agama-Mu hingga akhir hayat kami. Amin.

ISLAM IS PEACE!!!



Saturday, January 30, 2010

ADUHAI GADIS MUSLIMAH....

Aku seorang gadis muslimah
Kamu juga seorang gadis Muslimah
Aku dan kamu menjadi cerminan antara satu sama lain

Aduhai gadis Muslimah
Jika antara kita berkelakuan tidak molek
Ia menjadi fitnah sesama sendiri
Malah ia menjadi fitnah besar terhadap agama kita, Islam yang suci


Aduhai gadis Muslimah
Aku kasihkan kamu kerana Ilahi
Aku tidak mahu kamu dengan dunia kamu sendiri
Dunia yang penuh dengan kemaksiatan
Dunia yang penuh kemungkaran
Dunia yang penuh keji



Aduhai gadis Muslimah
Dalam diri kita punyai satu tempat suci
Mahukah kau tahu???
Mari aku bagitahu
Ianya 'RAHIM'
Kurniaan terbesar Tuhan Ar-Rahim-Yang Maha Pengasih
Tempat awal wujudnya jiwa baru
Hidup dengan hembusan ruh dari Ar-Rahim
Jagalah ia sebaik mungkin
Jangan pernah dicemari dengan zina perbuatan keji


Aduhai gadis Muslimah
Sungguh, kejadian kita sangat indah
Seharusnya keindahah itu dijaga rapi
Dijaga seperti sebuah permata didalam peti besi
Kuncinya hanya dipegang oleh insan lelaki berjiwa murni
Dialah suami yang dijanjikan Ilahi
Pesanku sekali lagi
Jangan biar diri terjebak dengan zina perbuatan keji

Aduhai gadis Muslimah
Aku berdoa di dalam hati
Agar kita semua dipelihara Rabbul'Izzati
Agar diri kita diberkati
Agar diri kita menjadi pelahir satu generasi
Generasi kemudian penyambung warisan Nabi
Membawa panji penyebar Tawhid di segenap pelosok bumi
InsyaAllah





Thursday, October 22, 2009

Kuasa Lidah

Kata-kata ibarat pisau. Sekali terhunus, ia mampu mencederakan. Banyak kali menikam, bisa pula membunuh seseorang. Acap kali kita mendengar nasihat orang-orang tua, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata….jangan harap dapat boleh tarik balik.” Orang lama memang bijaksana, walaupun tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Itulah hikmah orang yang berilmu. Setiap kata-kata membawa sejuta makna. Setiap bicara menjadi pedoman generasi akan datang.

Kata-kata juga mampu membuat hidup seseoarang itu ceria. Kata-kata yang baik ibarat hadiah yang tiada tolok bandingnya. Lafaz kata-kata penuh hikmah yang ikhlas terpacul dari bibir berupaya memberi motivasi kepada seseorang untuk terus dan terus berusaha dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak duri.

Hebat sungguh kuasa sebuah kata-kata yang datang dari lidah! Darihal itu, berfikirlah sebelum berbicara. Kata-kata memberi kesan kepada anda dan orang-orang disekeliling anda. Pada zaman Rasulullah S.A.W. ada seorang tentera Islam gugur di medan perang sebagai syahid lalu ada yang berkata: “untung sekali orang ini kerana dia telah berjaya mendapat syurga”. Mendengar ucapan itu lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: “belum tentu lagi, kerana boleh jadi ia pernah bercakap perkara-perkara tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberi sesuatu yang sebenarnya tidak mengkayakannya.”[1] Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menjaga lidah kita sebaik mungkin daripada berkata-kata yang lagho(sia-sia) dan perkara-perkara yang boleh menyinggung saudara manusia kita yang lain.. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kedaifan diri sendiri. Wallahualam.

[1] Imam Ghazali (2005). Bidayatul Hidayah.(Khazanah Banjariah, Kedah)