‘Wanita
muslimah yang baik akhlak dan bijak pembawaan dirinya laksana mutiara di langit
ketujuh, bukan sebarang orang yang boleh melihat dan menyentuhnya.’
***
Ihsan imej: Pinterest.com |
Remaja
atau masyarakat lebih selesa menggunakan istilah ‘buat projek’ berbanding
perkataan zina yang keras bunyinya. Apabila melihat sepasang lelaki dan
perempuan tanpa ikatan sah berdua-duaan dalam gelap di pantai, dalam kereta,
taman, kebun atau rumah tinggal, kita mungkin bercakap-cakap, “buat projeklah tu.” Malah, mungkin ada
juga dalam kalangan remaja bergurau menggunakan ‘buat projek’ untuk menerangkan
sesuatu perkara berkaitan seksual sambil ketawa berdekah-dekah sesama mereka.
Masyarakat
Melayu terlalu berlapik dalam berkata-kata sehingga kepada perkara yang menjadi
dosa besar. Penggunaan ‘buat projek’ menyebabkan remaja memandang perkara yang
berunsurkan seks bebas sebagai sesuatu yang boleh diambil ringan. Tetapi, cuba
kita tukar penggunaan istilah ‘buat projek’ kepada ‘zina’. Automatiknya, remaja
akan memandang perkara itu dengan lebih serius dan berat.
Yang
tidak tahu, mungkin akan lebih ambil tahu apa yang dikatakan dengan zina
sehingga ia menjadi antara dosa-dosa besar dalam agama samawi seperti Islam,
Kristian dan Yahudi, juga bercanggah moral dalam kebanyakkan agama berasaskan
falsafah seperti Buddha, Hindu, Konfusius dan lain-lain.
Pengertian zina dalam
Islam
Adik-adik,
mahu tidak mahu kita sebagai manusia ‘biasa-biasa’ ini sebenarnya tidak dapat
mengelak dari perlakuan zina dalam kehidupan?
Alamak!
Apa maksudnya itu?
Cuba
perhati dan baca maksud hadis sahih di bawah ini.
Dari
Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud,
“Telah ditentukan atas anak Adam
(manusia) bahagian zinanya yang tidak dapat dihindarinya : Zina kedua mata
adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lisan adalah
berbicara, zina tangan adalah dengan meraba atau memegang (wanita yang bukan
mahram) zina kaki adalah melangkah, dan zina hati adalah menginginkan dan
berangan-angan, lalu semua itu dibenarkan (direalisasikan) atau didustakan
(tidak direalisasikan) oleh kemaluannya. (Hadis riwayat Al Bukhari no.6243 dan Muslim no. 2657)
Dalam
hadits ini, Nabi s.a.w bersabda, ertinya, “Telah
ditentukan atas anak Adam (manusia) bahagian zinanya yang tidak dapat
dihindarinya…”, yakni bahawasanya manusia pasti melakukan zina yang tidak
mungkin dapat dihindarinya, kecuali orang-orang yang Allah jaga darinya. Kemudian
Nabi s.a.w menyebutkan contoh-contohnya:
•
Zina mata adalah memandang, iaitu
bahwasanya seseorang jika melihat atau memandang wanita yang bukan mahramnya,
maka ini termasuk zina mata, apalagi menonton tayangan wanita yang terbuka
auratnya, atau filem lucah, atau melihat majalah lucah, dan sebagainya.
•
Zina telinga adalah mendengar, iaitu
seseorang mendengar suara wanita dan menikmatinya, maka ini adalah zina
telinga.
•
Zina lisan iaitu dengan membicarakan
sesuatu yang diharamkan Allah ‘Azza wa Jalla.
•
Zina tangan, iaitu memegang, antara
perbuatan dengan tangan seperti menyentuh wanita yang bukan mahramnya atau
menciumnya, dan yang seangkatan dengannya.
•
Zina kaki adalah melangkah, iaitu
seseorang berjalan ke tempat-tempat maksiat (tempat pelacuran), atau mendengar
suara wanita kemudian dia berjalan ke arahnya, atau melihat wanita kemudian dia
berjalan ke arahnya, maka ini adalah zina kaki.
•
Zina hati adalah menginginkan dan
cenderung untuk mewujudkan keinginan syahwat terhadap wanita.
Lalu
semua itu dibenarkan (direalisasikan) atau didustakan (tidak direalisasikan)
oleh kemaluannya, iaitu jika seseorang berzina
dengan kemaluan –semoga Allah
lindungi kita darinya- maka dia telah merealisasikan zina anggota tubuhnya. Adapun jika dia tidak berzina dengan
kemaluannya, menyelamatkan dan menjaga dirinya, maka dia tidak merealisasikan
zina anggota tubuhnya tersebut.
Hadis
di atas menunjukkan larangan bagi seorang lelaki terikat dengan wanita (yang
bukan mahramnya); iaitu dengan suaranya, memandang kepadanya, menyentuhnya,
berjalan ke arahnya, dan juga keinginan dan angan-angan terhadapnya.
Mengapa?
Kerana
semua perkara di atas termasuk jenis zina.
Maka hendaklah sebagai manusia yang berakal dan menjaga harga diri berhati-hati
terhadap anggota tubuh kita agar tidak terikat dengan wanita.
Adik-adik
gadis, setiap dari kita menjadi ujian besar kepada golongan lelaki, samaada
kita boleh merosakkan atau memberi kebaikan. Tepuk dada, tanya iman, tanya
suara hati.
Mahu
jadi yang bagaimana?
Menjadi
punca zina atau menghalang zina daripada terjadi.
Allah
‘Azza wa Jalla juga berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 32, yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina;
(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
Oleh
itu, wahai para gadis sekalian!
Berusahalah
menjaga setiap anggota tubuh agar tidak menjadi punca kepada jalan-jalan zina.
Jauhi segala perlakuan yang menyumbang kepada zina seperti berdua-duaan dengan
lelaki yang bukan mahram, pergaulan bebas, ber’chatting’ di laman sosial, membuka aurat, berpenampilan seksi dan
menggoda, menonton bahan-bahan lucah dan sebagainya yang menyebabkan nafsumu
bergelojak tidak tenteram.
Tutuplah
serapat-rapatnya jalan-jalan yang membawamu ke arah zina.
(Bersambung.....)