-->
"Sebaik-baik MANUSIA ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia lain." (Hadis)
Tuesday, August 17, 2010
DILEMA ANTARA KOMITMEN KERJAYA DAN KEPERLUAN ANAK-ANAK
-->
Monday, June 14, 2010
Yang menariknya beberapa kenalan rapat di UIA dan PKPIM-Abim melangsungkan walimah mereka hampir serentak bersempena cuti sekolah ini. Tahniah kepada K. Nisa dan Abang Bukhori, Aqilah Izzati dan Abang Syah, Hasnul Hanif dan pasangannya, K.Aemy dan pasangannya, Abang Zaidi dan pasangannya serta Wan Khalid dan pasangannya. Tidak ketinggalan teman Abim, Cikgu Khadijah dan pasangannya. Semoga selamat menempuh alam baru di bawah rahmatNya. Maaf sesangat tidak dapat hadir disebabkan komitmen kerja dan kedudukan geografi yang jauh-jauh belaka. Tapi, jangan risau doa aku sentiasa bersama kalian.
Ya, Allah Ta’ala telah menciptakan Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam a.s sebagai simbolik kepada fitrah manusiawi yang mahu berpasang-pasangan. Cukup seminggu, bukan sahaja berita gembira penyatuan golongan Adam dan Hawa, tetapi tidak ketinggalan aku berhadapan dengan pelbagai kisah persoalan hati terkecewa ibarat kisah cinta Romeo dan Juliet, Laila Majnun lantaran cinta terhalang, cinta kecundang ditengah jalan, cinta dalam hati, cinta bertepuk sebelah tangan dan sebagainya dikalangan teman-temanku lelaki dan wanita. (inilah part yang aku paling tak suka, isk3)

Aku menjadi rujukan teman-teman yang mahu meluahkan masalah dan rasa yang terpendam dilubuk sanubari. Aku mendengar dengan setia dan cuba untuk menyelami perasaan mereka yang mengadu masalah hati yang ditamu kekecewaan. Walaupun aku tidaklah pakar mengenai persoalan hati terutama melibatkan cinta, tetapi aku tetap setia mendengar supaya dengan cara itu aku dapat mengurangkan bebanan hati teman-teman. Tidak dinafikan, memang sukar untuk memahami persoalan hati ini. Bak kata pepatah, “rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain”. Serius.
Hati memang diciptakan berbolak-balik. Nafsu pula diciptakan sebagai yang degil. Memang sukar untuk menguasai hati dan menundukkan nafsu. Namun, kita jangan lupa, kita ada Tuhan. Justeru, mohonlah kepada Allah Ta’ala agar hati itu terpelihara dan nafsu itu terdidik kepada kebaikan. Natijahnya, kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita semua dan kekecewaan itu pasti pergi. Percayalah pada Allah. Jika ini difahami secara tuntas, hubungan hati ini pasti berjalan lancar dan terpelihara.
Bagi membina hubungan yang bahagia, persefahaman, sikap matang dan keterbukaan, prihatin, jujur, ikhlas, saling percaya dan memerlukan, saling menghargai dan penerimaan secara total sesama sendiri adalah kunci utama kepada sinar kebahagiaan. Sekali lagi dan yang terutama jangan dilupa Tuhan yang Maha Agung. Mintalah kepadaNya agar impian kebahagiaan dan keabadian cinta itu tertunai selamanya. InsyaAllah.
Menyentuh persoalan persefahaman, mungkin ada orang akan membidas dengan mengatakan, “sedangkan lidah lagi tergigit”, inikan pula hubungan sesama manusia. Ya, ketidak sehaluan faham, minat dan seangkatannya itu lumrah dalam kehidupan manusia. Tidak ada manusia pun tercipta sama kehendaknya. Pasti ada perbezaan. Tetapi perbezaan itu boleh bertukar rahmat jika kita meraikannya dengan berlapang dada. Kalaupun berbeza, kenapa kita tidak berusaha mencari titik persamaan dan menggilapnya agar terang jernih. Bukankah kita semua mengejar kebahagiaan? Lagipun, perbezaan itu kekadang indah. Sangat indah. Serius.
Akhirnya, kehidupan ini penuh warna-warninya. Bukan semata-mata hitam dan putih yang menjadikan hidup kita teramat bosan. Serius. Bermainlah dengan warna agar kehidupan berlangsung dengan menarik. Walaupun begitu, semua warna ada kelebihan dan kekurangan. Justeru,raikan semua warna agar lukisan kehidupan tetap kekal indah dengan warna-warninya yang hanya kita sahaja yang faham corak maknanya. Wallahu’alam dan Wassalam.
Kepada teman-teman, HATI-HATI PERSOALAN HATI INI
Mahukan kebahagiaan?
I believe I achieve, You believe You achieve!!!
Thursday, June 3, 2010
LUAHAN RASA...
(tetiba je, tak tahu nak letak tajuk ape, kui3)
Erm..lama rasanya tidak ku’update’ blog aku ni. Blog nilah tempat aku mencurah rasa yang berbuku di dalam sanubari. Tetapi, setelah meninggalkan zaman belajar dan sedang merangkak ke alam pekerjaan dan dalam usaha mengejar impian mengajar aku erti memanfaatkan masa sebaik mungkin.
Baru seminggu duduk di rumah selepas tamat belajar bulan April yang lepas, aku sudah tidak keruan. Bukan bermakna aku tidak suka duduk di rumah, aku sangat suka. Semua kerja suri rumah sudah aku lakukan, tetapi masih tidak cukup untuk memberi kepuasan kepada diri. Aku mahu mandiri, melihat masyarakat, memperhebat kemahiran hidup supaya aku tetap tegar menjalani kehidupan yang penuh onak duri ini.
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan apa yang dikurnia Ilahi kerna sesungguhnya siapalah aku untuk mempersoal setiap ketentuanNya. Siapalah aku untuk mempersoalkan takdirNya. Kerana aku hanyalah Hamba yang hina-dina. Setiap detik kehidupan cuba kuusahakan kearah mencapai kebahagian dan barakahNya. Syukur ada Dia sebagai penunjuk arah. Terima kasih Tuhanku.
Apa yang aku kecapi sepanjang sebulan lebih ini? Aku tertanya-tanya. Mindaku ligat mengimbas kembali detik kehidupan yang sudah berlalu. Macam-macam yang ditempuhi. Dari menjadi pengasuh kepada kanak-kanak comel, menjadi guru ganti mengajar komputer untuk pelajar darjah 5, hinggalah menjadi Research Assistant (RA) kepada seorang pensyarah UTM yang juga orang kuat ABIM Johor. Semuanya bermakna. Aku amat menghargainya. Mungkin pengalaman yang dikutip ini dapat membantu aku di masa hadapan. InsyaAllah.
Langkahku tidak terhenti disitu. Aku punya komitmen lainnya bersama Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan Abim. Selepas disyurakan, akhirnya, namaku tetap terpilih untuk memegang tugas sebagai Exco Tugas-Tugas Khas (TTK). Aku terima dengan rela hati kerana aku sayangkan KPIJ dan disinilah tempat aku dapat menyumbang sebaik mungkin untuk Islam dan masyarakat setempat. Hadith Rasulullah s.a.w mafhumnya, “ orang yang baik dikalangan kalian adalah orang yang memberi manfaat pada orang lain”.
Hujung minggu, ada sahaja program. Cuma sesekali bila tiada, aku lebih suka pulang kekampung, menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Perjalanannya cuma memakan masa lebih kurang 2 ke 3 jam jika menaiki bas. Sambil-sambil itu, aku akan memerhati alam, kehidupan masyarakat sekeliling, mengoreksi diri dan sebagainya. Aku memang suka begitu.
Bagaimana pula dengan pengalaman dengan orang baru dikenali? Takkan asyik dengan grup sendiri je kan. Alhamdulillah, aku bertemu dengan seorang teman maya yang kupanggil sebagai Yeop. Walau baru dikenali, tetapi aku selesa dengannya. Banyak yang dikongsi bersama. Bak katanya, “ NEW PEOPLE NEW EXPERIENCE”. Betul-betul pengalaman baru yang menarik. Terima kasih Yeop sebab kita dah jadi kawan..kui3.
Akhirnya, ibrah dari perkongsian rasa di atas, kehidupan kita ini sangat misteri. Tidak pernah terlintas sedikipun dibenakku untuk melalui semua pengalaman-pengalaman tersebut. Tetapi itulah ketentuanNya. Apa-apapun,
“ I BELIEVE I ACHIEVE!!!!”
***
Nota Mimosa
Semangat sentiasa untuk menyelongkar misteri kehidupan yang berikutnya.
Monday, May 3, 2010

Bos??? Pernahkan wujud istilah bos didalam gerakan Islam? Aku tertanya-tanya. 'Bos'. Aku sangat tidak menggemari istilah itu, apatah lagi jika dikeluarkan di kalangan mereka yang terlibat dalam gerakan yang memperjuangkan Islam.
Bagiku, istilah pemimpin lagi cocok dan sedap didengar. Bos dan pemimpin. Mungkin secara kasarnya sama, tetapi ia tidak serupa. Aku mencari jawapan kepada perbezaan kedua-dua istilah tersebut, dan ternyata ada banyak perbezaannya.
H.Gordon membezakan PEMIMPIN & BOS seperti berikut:-
tetapi seorang PEMIMPIN mengilhamkan mereka;
seorang BOS mengandalkan kekuasannya;
tetapi seorang PEMIMPIN mengandalkan kemahuan baik;
seorang BOS menimbulkan ketakutan;
tetapi seorang PEMIMPIN memancarkan kasih;
seorang BOS mengatakan 'aku';
tetapi seorang PEMIMPIN mengatakan 'kita';
seorang BOS menunjukkan siapa yg bersalah;
tetapi seorang PEMIMPIN menunjukkan apa yg salah;
seorang BOS tahu bagaimana sesuatu dikerjakan;
tetapi seorang PEMIMPIN tahu bagaimana mengerjakannya;
seorang BOS menuntut rasa hormat;
tetapi seorang PEMIMPIN menbangkitkan rasa hormat;
seorang BOS berkata "pergi!!";
tetapi seorang PEMIMPIN berkata "mari kita pergi"
***
Nota Mimosa:
"pemahaman saya...dalam gerakan Islam..tiada istilah bos. tetapi PEMIMPIN!..ada beza bos dan pemimpin... Bos mengarah, pemimpin menunjuk dan memimpin ke satu arah yang jelas...Bos akan menamatkan amanah, pemimpin akan membantu meneruskan amanah..."
Maaf jika ada yang terasa hati, tetapi aku ada hak untuk menyatakan pandanganku sendiri...
Akhir kalam..ANDA MAHU JADI BOS @ PEMIMPIN? tepuk dada, tanyalah iman...wallahu'alam.
Monday, April 26, 2010
Alhamdulillah, hari ini semua agenda berjalan dengan lancarnya. Erm, coretan kali ini aku ingin kongsikan pengalaman interview aku untuk jawatan editor di PTS Publication petang tadi. Pengalaman yang kelakar untuk diriku sendiri.
Mulanya, aku ingin pergi interview sendiri menaiki motor bersama seorang junior. Tetapi, seorang sahabat yang bertanggungjawab menghantar resumeku kepada editor kanan PTS bercadang ingin menghantarku dengan keretanya bersama dengan 2 orang lain yang menjadi penemanku. Kami berpusing-pusing mencari ofis PTS tersebut, namun setelah hampir setengah jam, barulah dijumpai. Memang tersorok gak lah. Sebab tu susah nak cari.
Oleh kerana akulah orang yang terakhir datang, maka sudah tentu giliranku yang paling akhir. Hampir 2 jam aku tunggu, akhirnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan...
Gabra?? aku taklah gabra. Yang paling penting dalam interview...be yourself, be honest and also confident. Alhamdulillah!!! I've done well.
Yang sebenarnya...editor tu memang tak sesuai dengan aku. Minat aku jauh sekali dengannya. Rupa-rupanya, mereka sedang mencari editor buku wanita dan resipi/ masakan. Haha...kelakar betul.
Editor kanan: Awak memang ada kualiti dan potensi. Resume awak memang "impressed". Dulu, saya ada buka interview untuk bidang yang sesuai dengan awak..tapi dah diisi kekosongan itu. Kalau saya bagi awak jawatan editor ni...saya takut awak buat buku..."Falsafah memasak" pulak.
Aku mampu senyum jelah. Haha. Aku pun tak nak jadi editor buku memasak ni. Memang diluar kepakaran aku kot... :)
Editor kanan: Tunggu panggilan minggu depan ya. Kalau tak ada, maknanya rezeki awak bukan disini. Tetapi, PTS ni banyak kekosongan. Kalau ada jawatan lain, awak datang semula ya untuk interview. Saya memang nak awak masuk bawah unit saya, tapi masih belum dapat budget lagi. Tapi, saya rasa peluang awak sangat cerah untuk mana-mana tempat kerja pun. Kami suka dengan kejujuran awak.
Aku mampu jawab insyaAllah je. Sebabnya, aku akan memulakan proses latihan kerja di Abim Johor Jumaat ini atas permintaanku sendiri. Ya, mungkin rezekiku adalah untuk membantu Abim Johor dahulu sebelum berhijrah ke tempat lain.
Nota Mimosa:
Mencari pengalaman dengan jalan sebegini memang menyeronokkan. Proses interview tadi berjalan dengan senang sekali. Banyak juga yang dibualkan dan dikongsikan bersama editor kanan dan editor perolehan tadi. Memang seronok.
Apa-apapun..editor bidang masakan?? Aku memang tak layak..huhu.
p/s: Interview yang kedua esok untuk jawatan Admin Support Officer di sebuah Multinational Corporation berpusat di Menara Standard Chartered, K.L aku sudah tolak kerana aku sudah membuat pilihan untuk aktif dengan kerja yang membolehkan aku aktif juga dengan gerakan..Keputusan sudah muktamad!
Thursday, April 22, 2010
"fidah, tak penat ke kamu ni asyik belajar je???"kata ibunya.
"saya suka", balasku ringkas sambil tersenyum.
***
"Ni mesti rajin study ni..tu yang tebal 'spec' tu"..gurau sahabatku yang lain.
***
Nota Mimosa:
Belajar ni tak akan penat kalau seseorang itu cintakan ilmu. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi motivasi kepada anak-anak untuk menimba ilmu kerana hanya pelajaran mampu mengubah diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama seterusnya melahirkan sebuah tamadun yang berilmu dan maju. Wallahu'alam.
p/s:
Nama panggilanku pelbagai..huhu
dirumah...IDA
sahabat-sahabat lama dan satu sekolah...FIDAH
masuk UIAM..jadi FA
ada juga panggil aku FARID...
apa-apapun..AKU TETAP AKU: FARIDAH (YANG TUNGGAL)..
Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna KPIJ berjaya menjayakan Bengkel Kesukarelawan Muda (BEST'10) yang dihadiri seramai 107 pelajar dan ahli KPIJ pada 16-18 April baru-baru ini di Kompleks Belia dan Sukan, Johor Bharu.
KPIJ menggalas amanah yang besar kerana para peserta meletakkan harapan yang tinggi supaya mereka mendapat 'sesuatu' yang bermanfaat daripada program tersebut. Walaupun kekurangan urusetia iaitu seramai 10 orang, dan fasi 10 orang, tetapi semangat kerjasama yang terjalin antara kami membolehkan semua halangan dapat diatasi dengan berkesan. Peserta seramai 107 orang itu dapat dikendalikan dengan baik.
Oleh kerana kekurangan urusetia dan fasi, makanya setiap orang melakukan pelbagai kerja dan tidak terikat dengan tugas masing2. Inilah yang kita mahukan dalam gerakan pelajar Islam, iaitu fleksibiliti dan kerjasama.
Apa-apapun, secara peribadinya, aku ingin ucapkan ribuan tahniah pada semua pimpinan dan ahli KPIJ tegar kerna sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan semuanya untuk memastikan BEST'10 ini berjaya walaupun ada segelintirnya sedang menjalani peperiksaan akhir sem. InsyaAllah, semoga semua yang dikorbankan ada nilaian di sisiNya.
Nota Mimosa:
Bangkitlah Remaja Islam
Labels
- Advokasi Massa
- Agama
- Aktivisme
- Beli buku
- borak-borak
- cakna semasa
- Cinta
- dakwah
- Dilema
- Fikir
- Gadis
- gender
- Gerakan Islam
- Gerakan Pelajar Islam
- Hati
- Hati-hati
- Hijab
- Hormat
- Impian
- Inspirasi
- Jenayah
- Keluarga
- Kembara Pendidik
- Kepimpinan
- Kewangan
- Komunikasi
- Misteri
- Muhasabah
- Muslimah
- Nilai Diri
- Pemikiran
- pendidikan
- Penulisan Media Massa
- Perjuangan
- Perkahwinan
- Personaliti
- politik
- remaja
- Reviu Filem
- Sajak
- Sentap
- Siri Bahagia Menjadi Gadis Perawan- Diriku Permata Berharga (Dermaga)
- tarbiyyah
- Terkenang
- Teruna
- Tokoh Wanita Islam
Search This Blog
BUATMU REMAJA
"Kita mulia kerana Islam, bangkitlah dari perasaan putus asa"
Salam Mahabbah!!!
Mimosa????
- Faridah Mohd Tap
- Kluang, Johor, Malaysia
- Faridah Mohd Tap ialah seorang anak peneroka FELDA Ulu Belitong, Kluang Johor. Mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara. Mendapat lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dan Komunikasi dari UIAM 2010. Giat sebagai penulis bebas dan artikel beliau pernah terbit di pelbagai akhbar seperti Berita Harian, Kosmo, Sinar Harian dan The Malaysian Insider. Juga bekas kolumnis di Majalah I, Karangkraf untuk ruangan Remaja dan Suami Isteri. Antara lain, Majalah Dewan Masyarakat DBP, Majalah Dara.com, Milenia Muslim dll. Dalam pendidikan, pernah bergelar tutor sambilan di UPM Holdings dan Kolej Dar-al-Hikmah. Kini Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, FPPM Kolej UNITI Port Dickson, NSDK. Berpengalaman dalam Aktivism Mahasiswa menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor, Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia dan ABIM. Beliau ialah penulis buku "BANGKITLAH REMAJA ISLAM" terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Boleh dihubungi di talian: 013-611 5468



