Pertemuan
penulis bersama seorang gadis, Amy (bukan nama sebenar) berusia 17 tahun
beberapa tahun lalu di Surau Perhentian Bas Puduraya begitu menghibakan. Ketika
itu, penulis memerhati si gadis sedang duduk bertemankan seorang bayi perempuan yang kelihatan seperti masih baru dilahirkan.
Sambil menunggu giliran untuk solat jama’, penulis berbual
bersama si gadis bertanyakan perihal dirinya. Pemerhatianku benar, bayi yang dikendongnya baru berusia seminggu. Sangka penulis, si gadis menunggu
suaminya solat, tetapi kebenarannya, si gadis dalam keadaan buntu kerana tidak
tahu kemana arah selepas teman lelaki yang dipercayainya meninggalkan dia
selepas mengandungkan anak hasil persetubuhan haram.
“Saya tidak boleh balik rumah, sebab
saya lari dari rumah kerana mencari pekerjaan.Kuala Lumpur banyak peluang
kerja.Saya berkenalan dengan seorang lelaki. Dia baik, banyak bantu saya. Bagi
tempat tinggal dan kami menjalinkan hubungan seolah-olah kami suami isteri.Bila
saya mengandung, dia halau saya dan saya merempat di surau-surau. Saya sendiri
melahirkan anak ini di sebuah gereja tetapi ‘sister’ disitu minta saya keluar
lepas bersalin sebab takut akan menjadi isu sebab saya orang Islam. Sebab itu
saya disini.Saya tidak tahu nak pergi mana.Saya tidak ada duit.Dengan ada anak
lagi!” kata si gadis
naif itu.
Pernah
juga ketika penulis sedang menunggu bas pulang ke rumah ketika cuti pertengahan
semester terdengar seorang adik gadis sekolah menengah dipujuk oleh seorang
lelaki lingkungan 20-an untuk menyerahkan diri kepada ketua ‘geng’ jika ingin
menjadi ahli kumpulan itu. Ketika itu, popular kumpulan ‘Skin Head’ dalam kalangan
remaja sekolah.
“Nak jadi ahli kumpulan, kamu kena
tidur dulu dengan ketua kita.”Jelas
lelaki kepada adik remaja perempuan itu.
Jelas
di pendengaran butir bicara mereka kerana penulis berada di belakang mereka
ketika itu.Lagi pula, mereka berkumpul di perhentian bas dan gelagat dan
penampilan mereka menjadi perhatian.
‘Jangan jadi naif adikku!!!’, teriakku dalam hati.
Penulis
hanya berkata dalam hati sahaja kerana penulis juga keseorangan dan berlakon
seolah-olah tidak mendengar apa yang sedang dibualkan mereka. Tetapi, penulis tetap
mendoakan adik tersebut tidak terlalu naif menuruti permintaan hanya untuk
menjadi ahli kumpulan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat.
‘Saya hilang dara ketika itu saya baru
tingkatan dua. Saya ada seorang abang angkat berumur 20-an. Suatu hari, kami
keluar dan dia ajak balik rumah dia sebab katanya mahu cas telefon dia. Saya
ikut sahaja dan tidak terfikir dia akan buat apa-apa dengan saya. Naif sangat
masa itu.Dekat rumah dia saya dirogol dan dia ugut akan beritahu ibu saya.
Sejak itu saya ikut sahaja kehendak dia sebab takut.Bila saya fikir kembali,
kalau saya tidak dirogol mesti saya tidak seperti sekarang.Maksudnya, mesti
saya masih lagi jaga kesucian diri saya.Sekarang saya jadi ketagihan.Saya yang
rela buat seks.’Jelas
seorang gadis remaja berusia 18 tahun.
Itulah
antara pengalaman peribadi penulis berhadapan dengan gadis-gadis naif yang
mudah sekali diperdaya oleh lelaki durjana yang hanya mahu ‘dara’ gadis-gadis
itu untuk kepuasan peribadi.
Dalam
sebuah akhbar, seorang gadis telah dinoda oleh kenalan baru laman sosial yang
mengajaknya keluar makan tetapi memperkosanya di Hutan Simpan Bukit Malut dalam
sebuah kereta dan meninggalkan si gadis di tepi Jalan Kendawang, Langkawi.
(Harian Metro, 19 Januari 2016). Dalam situasi yang lain, nasib malang menimpa
seorang gadis berusia 14 tahun apabila dirogol oleh tiga orang lelaki dalam
sebuah temujanji pertama bersama teman lelaki yang baru dikenali secara ‘online’ di Kuala Terengganu (The Star,
13 Ogos 2014).Seorang gadis, 15 tahun yang melarikan diri dari pusat pemulihan
berakhir tragedi apabila dirogol bergilir-gilir oleh 16 orang lelaki.Ia terjadi
apabila terlalu naif mengikuti seorang lelaki yang baru dikenali sebelum di
bawa ke sebuah perkuburan Kristian di Kuala Lumpur. (Berita Harian, 21 Ogos
2014).
Inilah
antara kes benar yang dilaporkan oleh media melibatkan kenaifan adik-adik gadis
belasan tahun yang terlalu mudah percaya kepada lelaki baru dikenali yang kesudahannya berakhir
tragedi. Menurut undang-undang, perhubungan seks melibatkan gadis berusia 16
tahun dan kebawah ialah jenayah rogol mandatori walaupun dengan kerelaan diri
si gadis itu sendiri.
Tolonglah!
Adik-adik gadis jangan terlalu naif menanggapi realiti khususnya apabila
melibatkan tentang maruah diri.
Ada ketikanya, lebih baik kita berasa curiga dan
lebih berwaspada apabila seseorang lelaki mengajak keluar. Lebih baik lagi,
perkasa diri agar tidak mudah menyerahkan mahkota diri atas nama cinta dan budi
kerana ia sebenarnya menyatakan kebodohan diri semata-mata. Jangan kerana budi,
‘body’ tergadai.Jangan kerana terlalu
naif, tercalar maruah diri. Jangan kerana terlalu percaya kepada seseorang
lelaki yang baru dikenali akhirnya ia memakan diri.