Faridah Mohd Tap ialah seorang anak peneroka FELDA Ulu Belitong, Kluang Johor. Mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara. Mendapat lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dan Komunikasi dari UIAM 2010.
Giat sebagai penulis bebas dan artikel beliau pernah terbit di pelbagai akhbar seperti Berita Harian, Kosmo, Sinar Harian dan The Malaysian Insider. Juga bekas kolumnis di Majalah I, Karangkraf untuk ruangan Remaja dan Suami Isteri. Antara lain, Majalah Dewan Masyarakat DBP, Majalah Dara.com, Milenia Muslim dll.
Dalam pendidikan, pernah bergelar tutor sambilan di UPM Holdings dan Kolej Dar-al-Hikmah. Kini Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, FPPM Kolej UNITI Port Dickson, NSDK.
Berpengalaman dalam Aktivism Mahasiswa menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor, Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia dan ABIM.
Beliau ialah penulis buku "BANGKITLAH REMAJA ISLAM" terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Boleh dihubungi di talian: 013-611 5468
0 comments:
Post a Comment