15 Jun 1945. Itulah tarikh lahir yang tertulis di atas IC ayahku. Kalau mengikut tahun itu, genaplah umur ayahku 66 tahun. Mungkin juga lebih berumur kerana ayahku tidak tahu dengan tepat tarikh dan tahun lahirnya. Tapi menjelang tanggal 15 Jun itulah aku akan ucapkan selamat hari lahir.
Buat Ayah....
Saat ini, aku mahu sahaja berada disisimu.
Memandang raut kasih wajahmu.
menyalamimu hormat, mencium dahimu kasih.
dan mengucapkan;
Selamat Hari Lahir Ayah.
Ya Allah,
Berkatilah ayahku,
kurniakanlah dia kesihatan yang baik,
panjangkan umurnya dalam ketaqwaan dan kebaikan,
selamatkanlah dirinya dari kecelakaan, kekejaman,
tempatkanlah dirinya bersama orang- orang soleh,
kurniakanlah dirinya kelapangan hati dan kebahagiaan abadi.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ikhlas dari anakmu,
Faridah binti Mohd Tap @ Ida :)
Ayahku dan cintanya, mak sayalah...hehe
Kenangan di Hari Raya Eidul Addha 2008
2 comments:
sweet gile tengok gamba mak ngn ayah awak.
semua orang pun mahu kasih sayang macam tu kan... teringat dekat ayah saya dah
:-D
.
awaaakkk...
:P
Post a Comment