Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr. Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-
1. Kami merakamkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.
2. Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.
3. Kami turut merasa musykil dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedang belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.
4. Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.
5. Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.
6. Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.
7. Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.
Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.
Ditandatangani oleh :
…………………………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-
1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut
skip to main |
skip to sidebar
"Sebaik-baik MANUSIA ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia lain." (Hadis)
Bangkitlah Remaja Islam
Labels
- Advokasi Massa
- Agama
- Aktivisme
- Beli buku
- borak-borak
- cakna semasa
- Cinta
- dakwah
- Dilema
- Fikir
- Gadis
- gender
- Gerakan Islam
- Gerakan Pelajar Islam
- Hati
- Hati-hati
- Hijab
- Hormat
- Impian
- Inspirasi
- Jenayah
- Keluarga
- Kembara Pendidik
- Kepimpinan
- Kewangan
- Komunikasi
- Misteri
- Muhasabah
- Muslimah
- Nilai Diri
- Pemikiran
- pendidikan
- Penulisan Media Massa
- Perjuangan
- Perkahwinan
- Personaliti
- politik
- remaja
- Reviu Filem
- Sajak
- Sentap
- Siri Bahagia Menjadi Gadis Perawan- Diriku Permata Berharga (Dermaga)
- tarbiyyah
- Terkenang
- Teruna
- Tokoh Wanita Islam
Blog Archive
-
▼
2009
(27)
-
▼
November
(11)
- SEMINAR: PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
- Can we believe in first impression? "you're se...
- USRAH PKPIM-ABIM-WADAHFORUM KHAS PERKUKUH FAHAM AH...
- Jam menunjukkan 230 pagi. Mata pun dah mengantuk n...
- courage... i really need it to go through possibil...
- SALAM IMTIHAN AKHIR SEMESTER 09/10 KEPADA SEMUA SA...
- salam juang sahabatku:)Andai PERSAHABATAN itu b...
- I don،¯t know, but I believeThat some things are m...
- Indahnya kurniaan-Mu
- Kenyataan Media Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sid...
- Seminar Pendidikan Tinggi Islam: Membina Generasi ...
-
▼
November
(11)
Search This Blog
Powered by Blogger.
BUATMU REMAJA
Salam Mahabbah!!!
kepada semua sahabat, semoga sisipan dalam blog ini akan membawa sedikit makna dan ilmu buat semua.
-
Ihsan imej: Pinterest.com Manusia merupakan makhluk sosial. Justeru, pergaulan antara sesama manusia menjadi keperluan bagi mene...
-
Sebuah kajian telah dijalankan oleh Pusat Merdeka ( Merdeka Center ) mengenai nilai-nilai Politik rakyat Malaysia bermula Januari hingg...
-
Ketika mencapai usia remaja iaitu antara 10-19 tahun sepertimana definisi World Health Organization (WHO), maka adik-adik gadis akan mengala...
Mimosa????
- Faridah Mohd Tap
- Kluang, Johor, Malaysia
- Faridah Mohd Tap ialah seorang anak peneroka FELDA Ulu Belitong, Kluang Johor. Mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara. Mendapat lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dan Komunikasi dari UIAM 2010. Giat sebagai penulis bebas dan artikel beliau pernah terbit di pelbagai akhbar seperti Berita Harian, Kosmo, Sinar Harian dan The Malaysian Insider. Juga bekas kolumnis di Majalah I, Karangkraf untuk ruangan Remaja dan Suami Isteri. Antara lain, Majalah Dewan Masyarakat DBP, Majalah Dara.com, Milenia Muslim dll. Dalam pendidikan, pernah bergelar tutor sambilan di UPM Holdings dan Kolej Dar-al-Hikmah. Kini Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, FPPM Kolej UNITI Port Dickson, NSDK. Berpengalaman dalam Aktivism Mahasiswa menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor, Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia dan ABIM. Beliau ialah penulis buku "BANGKITLAH REMAJA ISLAM" terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Boleh dihubungi di talian: 013-611 5468
2 comments:
PKPIM yang selama ini begitu intelek menyaksikan turut bersama-sama tidak intelek dalam menilai Dr MAZA. Diharap lebih telus dalam menilai seseorang, terutamanya ulamak. Janganlah dihadapan Allah kelak ia dibangkitkan semula, lantas baru kita akan menyesali, kerana turut menyumbang dalam melakukan fitnah.
"Jika datang kepada kamu orang yang Fasiq dengan khabar berita, maka selidikilah terlebih dahulu,"
Mari kita sama-sama selidiki. Bukan sekadar mengikut apa yang diomongkan.
Jujurlah dalam menilai seseorang.
WA
http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/
semoga bermanfaat kepada semua pihak, pandangan dari seoranf Protaz, Ustaz Zaharudin..
Post a Comment