Monday, May 3, 2010



BOS @ PEMIMPIN?



'BOS YANG AKAN MENAMATKAN AMANAH'. Ayat penyata tersebut membuatkan aku terkedu. Terkedu kerana ia keluar dari seorang pejuang gerakan Islam. Padaku, ayat penyata tersebut sama sahaja dengan "YOU'RE FIRED!". Tetapi, dalam gerakan dakwah..adakah istilah ditamatkan amanah?.Aku diam dan berfikir.

Bos??? Pernahkan wujud istilah bos didalam gerakan Islam? Aku tertanya-tanya. 'Bos'. Aku sangat tidak menggemari istilah itu, apatah lagi jika dikeluarkan di kalangan mereka yang terlibat dalam gerakan yang memperjuangkan Islam.

Bagiku, istilah pemimpin lagi cocok dan sedap didengar. Bos dan pemimpin. Mungkin secara kasarnya sama, tetapi ia tidak serupa. Aku mencari jawapan kepada perbezaan kedua-dua istilah tersebut, dan ternyata ada banyak perbezaannya.

H.Gordon membezakan PEMIMPIN & BOS seperti berikut:-

seorang BOS memperkerjakan bawahannya;
tetapi seorang PEMIMPIN mengilhamkan mereka;
seorang BOS mengandalkan kekuasannya;
tetapi seorang PEMIMPIN mengandalkan kemahuan baik;

seorang BOS menimbulkan ketakutan;
tetapi seorang PEMIMPIN memancarkan kasih;
seorang BOS mengatakan 'aku';
tetapi seorang PEMIMPIN mengatakan 'kita';

seorang BOS menunjukkan siapa yg bersalah;
tetapi seorang PEMIMPIN menunjukkan apa yg salah;
seorang BOS tahu bagaimana sesuatu dikerjakan;
tetapi seorang PEMIMPIN tahu bagaimana mengerjakannya;

seorang BOS menuntut rasa hormat;
tetapi seorang PEMIMPIN menbangkitkan rasa hormat;
seorang BOS berkata "pergi!!";
tetapi seorang PEMIMPIN berkata "mari kita pergi"

***

Nota Mimosa:

Aku memberikan pandangan sebagai ketidaksetujuanku kepada ayat penyata tersebut kepadanya,

"pemahaman saya...dalam gerakan Islam..tiada istilah bos. tetapi PEMIMPIN!..ada beza bos dan pemimpin... Bos mengarah, pemimpin menunjuk dan memimpin ke satu arah yang jelas...Bos akan menamatkan amanah, pemimpin akan membantu meneruskan amanah..."

Maaf jika ada yang terasa hati, tetapi aku ada hak untuk menyatakan pandanganku sendiri...

Akhir kalam..ANDA MAHU JADI BOS @ PEMIMPIN? tepuk dada, tanyalah iman...wallahu'alam.