Wednesday, June 15, 2011

SELAMAT HARI LAHIR AYAH ('',)



15 Jun 1945. Itulah tarikh lahir yang tertulis di atas IC ayahku. Kalau mengikut tahun itu, genaplah umur ayahku 66 tahun. Mungkin juga lebih berumur kerana ayahku tidak tahu dengan tepat tarikh dan tahun lahirnya. Tapi menjelang tanggal 15 Jun itulah aku akan ucapkan selamat hari lahir.



kenangan bersama ayah di hari konvokesyen Okt 2010

Buat Ayah....

Saat ini, aku mahu sahaja berada disisimu.
Memandang raut kasih wajahmu.
menyalamimu hormat, mencium dahimu kasih.
dan mengucapkan;
Selamat Hari Lahir Ayah.

Ya Allah,
Berkatilah ayahku,
kurniakanlah dia kesihatan yang baik,
panjangkan umurnya dalam ketaqwaan dan kebaikan,
selamatkanlah dirinya dari kecelakaan, kekejaman,
tempatkanlah dirinya bersama orang- orang soleh,
kurniakanlah dirinya kelapangan hati dan kebahagiaan abadi.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Ikhlas dari anakmu,

Faridah binti Mohd Tap @ Ida :)



Ayahku dan cintanya, mak sayalah...hehe

Kenangan di Hari Raya Eidul Addha 2008