Wednesday, November 11, 2009

SEMINAR: PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA


10 November 2009, Selasa- Lima orang wakil HEWI PKPIM termasuk HEWI PKPIM UIAM telah menghadiri seminar wanita “ Talk on the Role of Women in Nation Building” yang disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Lebih 100 orang wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan wanita hadir dalam seminar yang berlangsung pada jam 12:00 tengahari itu. Antara individu-individu penting yang hadir ialah Tun Siti Hasmah, Dato Seri Sharizat, Dato’ Rafeah Salim dan Puan Sheqal (UAE). Tidak ketinggalan wakil Abim, YADIM, Nisa’ Kebangsaan dan Persatuan Ibu Tunggal Selangor,juga turut kelihatan, personaliti TV, Wardina Safiyyah dan penulis jemputan Majalah I, Kapten Hafiz.

Intipati seminar itu banyak membicarakan peranan wanita dalam pembangunan Negara. Pemerkasaan wanita merupakan antara agenda penting Negara. Sehubungan dengan itu, mereka telah sama-sama diberi peluang dan ruang untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan misi ini. Kehadiran wanita dalam pelbagai lapangan seperti penulisan, advokasi, kejuruteraan, pertanian, pengurusan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain telah menaik taraf kehidupan wanita di Negara ini setapak kehadapan.

Tun Mahathir dalam ucaptamanya juga menyatakan, bahawa wanita diberi peluang untuk meningkatkan taraf hidupnya, tetapi pada masa yang sama, beliau menasihati supaya para wanita tidak pergi melebihi had dengan mendesak hak kesemarataan jantina sepertimana yang berlaku di dunia Barat. Wanita dan lelaki harus berjalan seiringan dalam membangunkan Negara yang maju.

Melihat kepada penyakit sosial dikalangan anak-anak muda yang meningkat dari semasa ke semasa akibat daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa, Tun Mahathir juga menasihati supaya ibu bapa terutamanya kaum ibu yang bekerjaya menyediakan sedikit masa yang berkualiti (quality times) untuk anak-anak mereka. Ini penting kerana anak-anak bakal membentuk masyarakat pada masa hadapan.

Sebelum seminar berakhir, tetamu jemputan dihidangkan dengan tayangan video ringkas mengenai kronolgi pembangunan wanita di Malaysia yang akhirnya dari buah fikir Tun, maka lahirlah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyaksikan Dato’ Seri Sharizat sebagai menteri pertama yang memegang portfolio kementerian tersebut.

Seminar berakhir pada jam 2:30pm dengan penyerahan cenderahati kepada YAB Tun Dr. Mahathir oleh Presiden NIEW, Dato’ Rafeah Salim diiringi oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Laporan oleh,

Faridah Mohd Tap
11 November 2009.





Monday, November 9, 2009


Can we believe in first impression?

"you're serious-type person, don't you?"

"what a nerd!"

"he is hot-tempered person"

"she was a friendly person"

"she is arrogant"

You may heard such kind of statements whereby people associate you with. Based on my readings and experience, first impression happens when we meet someone, then we generally describe he/she with certain characteristics without having much knowledge about him/her and we hold this impression throughout the relationship.

People define me as a serious person. erm, it might be true. But i'm only serious with those who i've no closed contact to, when i'm completing tasks, and study. Additionally, i found myself hard to begin even a simple conversation with people, although i've always meet them.

Within my family members, i'm the one who always play around, and not serious. I'm only serious when i went to my brother's school to update their performance. My last brother really afraid when i went to his school especially when "open day" event. I will talk much to his class teacher, and asking about my brother's behavior during class time etc. I'm showing my concern with such kind of behavior.

In my social life, interestingly, many of my closed friends now are those who 'afraid' with me in the first meeting. Now, when we talk about our friendship,we will be laughing all day long. They will always says that i'm not the person they expected to be-serious. haha..funny.

Now, my question is, can we believe in first impession?

Well, I admit that I'm also belong to those who're deceived by first impression in the first place.

Now, I learn something in this temporary life.

To build a true friendship, we shall not design the persons who will be our friends. Let they disclose themselves naturally. And never ever have judgment in our eyes. The most important thing, accept them as they are, at the same time improving self to be better persons.

My final point of today's entry is,

People around us like "weather", they could be warm, cold, cool etc. We must welcome them with an open arms. The life will be wonderful with different type of persons. I can't even imagine how life works with similar-type of persons.

To all my friends, I love you all.
Thanks a bunch coz accepting me as part of your life experience.

AGAIN, can we believe in first impression???

wassalam. ('',)






USRAH PKPIM-ABIM-WADAH

FORUM KHAS
PERKUKUH FAHAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
penceramah:
Dato' Hashim Yahaya &
Prof. Madya Abdul Halim El-Muhammady


Hari/ Tarikh: Selasa/10 November 2009

Masa: 8:30 mlm

Tempat: Kolej Darul Hikmah (KDH)



Ayuh sahabat-sahabat,

Jikalau tiada aral melintang, mari kita sama-sama raikan majlis ilmu ini.
Moga hidup kita terus diberkati. InsyaAllah.

wassalam:)

Jam menunjukkan 230 pagi. Mata pun dah mengantuk ni. Adik sayang (Islinda) dah terlena...tak sampai hati pulak nak kejut.Kepenatan mungkin kerana baru pulang dari program di Shah Alam...

Erm..aku mesti kejut dia jugak. Esok dia exam. Kalau mataku ni dapat bertahan, aku akan temankan dia study, dan bersahur.

Sambil-sambil tu aku mendengar lagu dendangan Hijjaz, Sebelum Mata Terlena..
aku ni bukanlah peminat fanatik nasyid. Tapi lagu ni best jugak. Lirik dia..fuhhh, syahdu tetiba.

Kutujukan lagu ni khas buat diriku, Islinda (yang sedang lena di atas katil..hehe, bagi ruang sikit kat akak, ngantuk dah ni), para sahabat seperjuangan di KPIJ, PKPIM, IYC, dan sahabat2 satu kuliah dan semua yang pernah berjasa padaku...semoga kalian senantiasa di bawah lembayung rahmatNya. Maaf zahir batin...



Sebelum Mata Terlena
Di buaian Malam Gelita
Tafakkurku di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah Dan Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku mencari Limpahan Hidayah Mu

Agar terlerai Kesangsian Hati ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu
Membasuhi Dosa Ini

Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati in
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Ku Pikul Sendiri

Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu
Yang Dapat Meringankan Huluran Maghfirah Mu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa dan Ragaku

Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayang Mu
Agar Lena Nanti Ku Mimpikan
Syurga yang Indah Abadi

Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Betapa Harumnya
Wangian Syurga Firdausi
Oh Ilahi

(Bismillahirrahmanirrahim.Dengan Nama Mu Ya Allah, Aku Hidup dan Dengan Nama Mu Aku Mati.Ameen.)

Friday, November 6, 2009


courage...
i really need it
to go through possibilities in life
only with courage...
i could face the life challenges successfully
i need courage..
to develop myself as a better Muslim
Muslim who don't afraid anyone except Allah
Muslim who brave to have a dream
to see Islam at glorious peak
to see Islam respected by everybody
to show Islam as the only way of life
to justify Islam as the Truth
as Allah mentioned in the Qur'an:
Inna al-dinu 'indaAllahi al-Islam
WE CAN MAKE IT REAL
ONLY IF WE HAVE COURAGE
"courage is the soul of virtue of every individual Muslim"

Tuesday, November 3, 2009


  • SALAM IMTIHAN AKHIR SEMESTER 09/10 KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DI UIAM GOMBAK.
  • SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA USRUSAN.
  • SEMOGA ILMU LEBIH DIBERKATI.



salam juang sahabatku:)


Andai PERSAHABATAN itu bukan kerana ALLAH,

pasti kebaikannya tidak memberi erti,

kesilapannya disalah erti,

hatinya sering dilukai,

jiwanya selalu disakiti...


jika UKHUWWAH itu dibina kerana ALLAH,

pasti segala kebaikan dan kesilapannya,

dipandang dengan mata hati,

jiwa tak terguris dek rasa hati,

hati tak terluka dek gurisan caci...


selamat mengatur langkah sahabatku,

moga lelahmu dihargai ILAHI,

walaupun dicemuh INSANI...



I don،¯t know, but I believe
That some things are meant to be
And that you،¯ll make a better me
Everyday I love you

I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

،¯Cos I believe that destiny
Is out of our control (don،¯t you know that I do)
And you،¯ll never live until you love
With all your heart and soul.

It،¯s a touch when I feel bad
It،¯s a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you mom and dad
Everyday I love you both

،¯Cos I believe that destiny
Is out of our control (don،¯t you know that I do)

And you،¯ll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we،¯re the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I،¯ll give you my best
Everyday I love you
i love you mom and dad:

Indahnya kurniaan-Mu




“Ya Allah, aku terlelap rupanya”, detikku dalam hati.
“Pukul berapa agaknya sekarang?”
Persoalan itu menggerakkan tanganku untuk mencari jam.
“Dah pukul satu pagi’, bisikku dalam hati.

Aku terlelap sejurus selepas menunaikan solat isya’.
Dalam perkiraanku, aku mahu tidur sebentar sahaja,
Tapi kita merancang, Allah juga yang menentukan.
Aku terlena kerana kepenatan mungkin. Dan dalam keadaan terang dengan cahaya lampu kalimantang.
Aku perlu bangkit untuk menyiapkan satu kerja yang kukira penting.

Aku segera bangun, memperkemaskan diri lalu berlalu ke tandas.

“Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai kepangkal lengan,
Alang-alang dah bangkit dari lena, lebih baik aku ambil sedikit waktu untuk menunaikan solat malam”, bisikku dalam hati.

Setelah selesai mengambil wuduk, aku mendapatkan ‘kettle’ yang kubawa bersama. Aku memasukkan air kedalamnya. Sambil menunggu kettle itu penuh dengan air, aku membaca doa selepas berwuduk didalam hati, ‘ Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hamba-Mu yang soleh, amen.’

Untuk beberapa ketika, kettle itu telahpun dipenuhi air, aku segera melangkah kebilik yang tidak jauh dari tandas. Aku membuka pintu dan menutupnya dengan perlahan sekali supaya tidak menganggu teman sebilikku yang sudah lena dibuai mimpi.

Aku segera meletakkan kettle itu ditempatnya. Aku menghidupkan suis dan membiarkan air itu mendidih.

Sementalahan itu, aku membentangkan sejadah, dan menyarungkan telekong ditubuhku.
Aku menutup lampu, dan suasana bilik menjadi kelam. Aku selesa begitu, lebih syahdu didalam gelap dan lebih khusyuk. Erm…hakikatnya, khusyuk itu bertamu didalam hati, tak kira dalm keadaan apapun, terang hatta dalam waktu perang sekalipun, jika hati khusyuk mengingati Allah, ibadah yang dilakukakan juga mencapai khusyuk itu secara otomatiknya. Aku berusaha untuk mencapainya. Ya Allah, bantulah aku.

Setelah selesai menunaikan beberapa solat sunat, aku menadah tangan mengadu tentang kelemahan diri sebagai hamba-Nya yang hina.

“Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan selain Dia sendiri. Yang Maha Hidup dan Yang Berdiri dengan sendiri-Nya serta aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah,Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan selain-Mu.

Ya Tuhan kami, kurnialah kami kebaikan di dunia dan diakhirat dan selamatkanlah kami dari seksa api neraka. Ya Allah, bagimu puja dan puji. Engkaulah penguasa langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya. Dan bagi-Mu pula puja dan puji itu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar, dan pertemuan dengan-Mu pun benar. Firman-Mu benar dan syurga-Mu pun benar. Neraka benar dan para nabi juga benar.
Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri dan kepada-Mu aku berserah diri dan kepada-Mu aku percaya. Kepada-Mu aku bertawakal dan kepada-Mu aku akan kembali serta dengan-Mu aku rindu dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunilah dosa-dosaku yang telah aku lakukan atau yang kemudian, yang kusembunyikan dan yang kunyatakan dengan terang-terangan. Engkaulah Tuahn yang terdahulu dan yang kemudian. Tiada Tuhan selain Engkau, tak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-mu Ya Allah.

Ya Tuhanku, masukkanlah aku, kedua ibubapaku, adik-beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku melalui tempat masuk yang benar/baik dan keluarkanlah kami melalui tempat keluar yang baik, dan jadikanlah bagi kami dari sisi-mu kekuasaan yang dapat menolong.. Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.” Aku menekup tapak tanganku kewajah. Lama.

Indah dan damai sekali hati ini. sesungguhnya aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim, dalam keadaan apapun, hati ini damai bila kita mengingati-Nya. TERIMA KASIH YA ALLAH UNTUK KEINDAHAN KURNIAANMU INI.

Monday, November 2, 2009

Kenyataan Media Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr. Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

1. Kami merakamkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

2. Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

3. Kami turut merasa musykil dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedang belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

4. Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

5. Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

6. Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

7. Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.


Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.


Ditandatangani oleh :
…………………………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-
1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut

Seminar Pendidikan Tinggi Islam: Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab


-->
Pada hari Sabtu, bersamaan 31 Oktober 2009, beberapa wakil PKPIM UIAM telah menyertai sebuah seminar Pendidikan Tinggi Islam sempena sambutan 20 tahun Kolej Dar al-Hikmah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi . Tema seminar tersebut adalah ‘Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.
PKPIM-ABIM-WADAH komited terhadap aspek pendidikan Islami yang menjadi tunjang utama dalam perjuangan kami. Justru itu, seminar ini adalah suatu manifestasi kepada perjuangan itu. Kehadiran peserta amat memberangsangkan dimana dewan auditorium dipenuhi dengan pecinta-pecinta ilmu pelbagai lapisan umur sehingga kerusi tambahan terpaksa disediakan.
Antara pembentang-pembentang kertas kerja yang menjayakan seminar itu adalah Prof. Emiritus Dr. Osman Bakar, Al-Fadhil Ustaz Uthman El-Muhammady, Dr. Ahmad Satori Ismail, Prof. Nik Aziz Nik Pa, Dr. Yap Sin Tian dan Prof Dr. Sidek Baba. Secara umum, kertas kerja yang dibentangkan berkisarkan tentang siapakah Ulu al-Albab, pendidikan al-Hikmah dan cabaran pendidikan yang liberatif.
Seminar yang berlangsung pada jam 9 pagi dimulai dengan ucaptama yang menampilkan ilmuwan yang banyak berjasa, Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Intipati ucapan beliau berkisarkan ‘Ulu al-Albab: Model Keintelektualan Islam yang Murni dan Masa Depannya yang Dinantikan’. Beliau menekankan konsep ‘intelek murni’ bagi tujuan memudahkan masyarakat awam dan bukan Islam mendekati wacana ilmiah Islam dalam menerangkan dan memahami konsep Ulu al-Albab.
Apakah yang dimaksudkan dengan intelek murni Ulu al-Albab (UA)? Dalam kertas kerja yang disediakan, beliau menyebut “intelek murni UA ternyata ialah intelek yang amat bimbang, bukan terhadap pertimbangan atau sanjungan manusia, tetapi terhadap pertimbangan negatif Ilahi yang membawa kepada kehinaan yang paling memalukan di hadapan Allah (S.W.T).......UA bukanlah ilmuwan atau cendikiawan yang dihimpit oleh penyakit ‘ujub atau inginkan sanjungan dan pujian manusia kerana merasakan kehebatan yang terdapat pada dirinya.”
Dalam perenggan lain, Prof .Muhammad Kamal menyebut, “ intelek-intelek murni inilah yang telah menggabungkan ilmu agama dengan ilmu dunya dan ilmu alam tabi’i sebagai asas pembangunan peradaban Islam yang bersepadu di zaman kegemilangannya.”
Umum telahpun mengetahui peri pentingnya pendidikan dalam melahirkan masyarakat manusia yang beramal soleh dan beradab. Namun, persoalan utama ialah penghayatan terhadap falsafah kependidikan ini yang masih lagi gersang dikalangan masyarakat. Faktor luaran seperi indusri pendidikan telah melahirkan golongan masyarakat yang berlumba-lumba menimba illmu untuk kepentingan peribadi, pendidikan humanis-sekular yang menolak kewujudan Tuhan telah melahirkan manusia-manusia ingkar dan angkuh dan pebagai faktor lain yang merugikan.
Sehubungan dengan itu, pendidikan Islami hadir sebagai alternatif kepada kepincangan-kepincangan pendidikan acuan Barat. Falsafah pendidikan Islam bertitik tolak daripada Falsafah tauhid, dimana pada akhirnya ia melahirkan manusia dan ilmuan yang disebut didalam al-Quran sebagai ULU AL-ALBAB. Jadinya, pemerkasaan pendidikan Islami harus dijayakan dari semasa ke semasa oleh semua pihak. InsyaAllah.
Bismillahirrahmanirrahim,
“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, dan amal yang tidak diterima.
Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah pengertian ilmu kepada kami dan bukalah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat yang Paling Penyayang.
Ya Allah, terangilah pandangan kami dengan Al-Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati kami dan dapatlah kiranya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah kami dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati kami dengannya dan percepatkanlah kefahaman kami dengannya serta teguhkanlah tujuan kami dengannya dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, kerana tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, Ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang.
Ya Allah, kami menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepada kami ketika kami memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, wahai Tuhan semesta alam. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”