Monday, November 9, 2009


Jam menunjukkan 230 pagi. Mata pun dah mengantuk ni. Adik sayang (Islinda) dah terlena...tak sampai hati pulak nak kejut.Kepenatan mungkin kerana baru pulang dari program di Shah Alam...

Erm..aku mesti kejut dia jugak. Esok dia exam. Kalau mataku ni dapat bertahan, aku akan temankan dia study, dan bersahur.

Sambil-sambil tu aku mendengar lagu dendangan Hijjaz, Sebelum Mata Terlena..
aku ni bukanlah peminat fanatik nasyid. Tapi lagu ni best jugak. Lirik dia..fuhhh, syahdu tetiba.

Kutujukan lagu ni khas buat diriku, Islinda (yang sedang lena di atas katil..hehe, bagi ruang sikit kat akak, ngantuk dah ni), para sahabat seperjuangan di KPIJ, PKPIM, IYC, dan sahabat2 satu kuliah dan semua yang pernah berjasa padaku...semoga kalian senantiasa di bawah lembayung rahmatNya. Maaf zahir batin...



Sebelum Mata Terlena
Di buaian Malam Gelita
Tafakkurku di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah Dan Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku mencari Limpahan Hidayah Mu

Agar terlerai Kesangsian Hati ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu
Membasuhi Dosa Ini

Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati in
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Ku Pikul Sendiri

Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu
Yang Dapat Meringankan Huluran Maghfirah Mu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa dan Ragaku

Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayang Mu
Agar Lena Nanti Ku Mimpikan
Syurga yang Indah Abadi

Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Betapa Harumnya
Wangian Syurga Firdausi
Oh Ilahi

(Bismillahirrahmanirrahim.Dengan Nama Mu Ya Allah, Aku Hidup dan Dengan Nama Mu Aku Mati.Ameen.)

0 comments: