Wednesday, December 23, 2009

NIKAH????



"Bila Fa akan bernikah?" tanya seorang senior muslimin yang tak perlu aku sebut namanya.

(Aku Tersengih)

"kenapalah dalam banyak2 soalan dia boleh tanya soalan peribadi tu." bisikku dalam hati.

"Entah, tak ada bayangan langsung. Cubalah tanya saya soalan lain. pasal kehidupan saya sekarang ke, pasal apa saya nak buat lepas grad ke...ni tidak, kalau jumpa je, mesti tanya bila saya nak kahwin." balasku dengan ketawa kecil.

Aku paling malas nak jawab soalan tu. Kalau jawab pun main-main.

"Fa jangan macam tu, nanti jadi 'andartu' baru tahu." Selamba je dia jawab.

Aku tersengih je mendengar kata-katanya. Perbualan kami terhenti di situ. Malas aku nak melayan celotehnya. Lagipun, aku sedang menanti sahabat-sahabat lain untuk pulang ke UIA selepas penat menguruskan seminar.

Sebenarnya, sahabat yang bertanya tu adalah antara berpuluh sahabat-sahabat yang bertanya tentang perancangan pernikahanku. Malah, ayahku juga pernah bertanya sekiranya aku sudah punya teman istimewa atau belum. Ayahku mungkin risau kerana aku adalah anak perempuannya yang terakhir dan adalah menjadi tanggungjawab besar buatnya bagi memastikan aku terpelihara dengan pernikahan . Sekurang-kurangnya dia berfikir akan ada orang yang dapat mengambil tanggungjawab menjagaku bila dia tiada kelak.



Susah nak cakap soal hati dan jodoh ni. Semuanya urusan Tuhan yang Maha bijaksana dan Maha Mengetahui. Keyakinanku pada-Nya sangat tinggi sehingga perkara-perkara ini tidak pernah buat aku risau. Aku yakin Allah sudah merancang kehidupan yang terbaik buatku.

Lagi pula perasaan sayang dan cinta pada seseorang yang bergelar lelaki belum pernah berputik. Bukan tiada yang ingin mendekati, namun aku lebih selesa kehidupan sekarang. Mohon maaf dariku jika ada yang kecewa dengan pendirianku. Buat masa ini, aku ingin tumpukan pada pelajaran, mencari ilmu dan kerja-kerja dalam gerakan Islam. Aku sayangkan kehidupanku sekarang. Berat rasanya hati ini untuk mengorbankan segala-galanya hanya kerana cinta yang tiada kepastian.

Tambahan lagi, aku mahukan kehidupan yang stabil terutama selepas aku menamatkan pengajianku di UIAM yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Setelah semuanya stabil, baru aku akan fikir untuk mendirikan rumahtangga dan seterusnya membina keluarga.

Tapi, aku insan biasa, kekadang kita merancang sekian..sekian..namun sebaliknya yang berlaku kerana Allahlah Perancang yang Maha Tepat. Samalah seperti soal jodoh ini, jika ada insan lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati ini dan menyatakan hasrat dengan segala keyakinan dan kepercayaan untuk suatu ikatan yang suci, aku terima dengan redho.

3 comments:

innii said...
This comment has been removed by the author.
innii said...

yeah~kak fa dah mula cakap pasal kawen..hek3..kite beh kurang r kak fa..cayo2!x)

azura said...

betul3...saya stuju
jodoh tak ke mana