Monday, July 18, 2011

BERBEZA

Si A seorang yang perjalanan hidupnya mudah. Lahir dalam latar belakang keluarga kecil yang berada, mak dan ayah yang mempunyai kerjaya yang bagus, tingga di bandar, mendapat pendidikan yang sempurna, mempunyai kerjaya, kereta, dan serba-serbinya berjenama dan bersikap boros. Apa sahaja yang diingini akan dapat walau bagaimana sekali caranya.
Si B seorang yang perjalanan hidupnya sukar sedikit. Lahir dalam keluarga yang besar tetapi kurang berada, tinggal di kampung tetapi masih tetap mendapat pendidikan yang sempurna dengan berkat hasil usaha emak ayah yang bertungkus-lumus membanting tulang, bergolok-gadai menyekolahkan anak-anak. Juga sudah bekerjaya, tetapi tidak mampu lagi untuk membeli kereta sendiri. Prinsipnya berjimat-cermat walau kekadang dikatakan sebagai kedekut dan berkira-kira. Apa sahaja yang diingini terpaksa dibatasi.
Diatas merupakan dua orang yang berbeza situasi. Mana satu pilihan anda dan mengapa?

2 comments:

Jurnal Murahan said...

sayek pilih B, B boleh diharap dan tau erti hidup. Someday kalau ditimpa kesusahan B tak kan tinggalkan kita kerana kesusahan dah sebati dalam diri-nye

Faridah Mohd Tap said...

Terima kasih En Yeop kerana komen...hahaha