Monday, July 25, 2011

TERKILAN...

Entri kali ini ingin meluahkan rasa terkilan di hati terhadap sikap sesetengah pelajar.
Baru-baru ini, temanku mengkhabarkan bahawa seorang pelajar telah menulis di ‘wall post’ facebooknya sebagai demikian..
“Baru hari pertama dalam kelas, dah bagi kerja macam-macam...What a f**k!”
Aku sangat terkilan kerana pelajar terbabit adalah pelajarku juga.
Dalam hati aku terfikir, betapa rendahnya adab seorang pelajar dengan gurunya. Sampai hati seorang pelajar mengeluarkan kata-kata kesat apabila diberi tugasan oleh gurunya. Tidak pernahkah mereka terfikir tugasan yang diberikan adalah untuk kebaikan pelajar sendiri.
Selang sehari kemudian, seperti biasa aku akan beri tazkirah kepada pelajar-pelajarku dipenghujung kelas. Tambahan pula, tugasan ringkasku tidak disiapkan oleh pelajar dengan pelbagai alasan. Kali ini dengan sengaja aku bicarakan tentang ini..
“Sebagai pelajar, kita jangan mencipta alasan. Kerana, sekali kita mencipta alasan, sebenarnya kita telah mewujudkan satu halangan. Berkali-kali mencipta alasan, semakin bertambah halangan. Sehinggakan kamu tidak mungkin nampak akan cahaya kejayaan.”
Tambahku lagi,
“bila cikgu bagi kamu tugasan, bukan bermakna cikgu ingin bebankan kamu. Adat belajar, tidak lari dari pelbagai tugasan. Cikgu pun beri tugasan pada diri sendiri, buat kajian dan tugasan lain supaya kita sama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan diri agar tidak berada di takuk lama. Cikgu nak kita sama-sama maju. Itu sahaja! Jadinya jangan budayakan sikap bertangguh, malas dan memberi alasan.” Ucapku panjang lebar dalam nada tenang tetapi bermesej tegas.
***
Sebenarnya, aku dapat rasakan kenyataan pelajar terbabit ditujukan kepadaku. Aku sedikit terkilan kerana tugasan mudah yang diberikan dihambur dengan kata-kata kesat. Apakah salah diriku memberi tugasan sedangkan sesi pengajian telah pun bermula? Aku tidak lupa, aku dibayar untuk mengajar..maka tiap waktu pembelajaran, tidak pernah kusia-siakan.
Pada penilaian anda adakah berat tugasan ini sebagai persediaan pelajar untuk BAB 1 dan 2 Pengajian Malaysia- Masyarakat dan Budaya yang akan dibicangkan pada minggu yang berikutnya..
Pelajar diberikan tugasan untuk mencari maklumat 5 kaum yang ada di Malaysia. Maklumat tersebut perlulah mencakupi:-
  • Agama,
  • Pakaian,
  • Makanan,
  • Perkahwinan,
  • Adat dan Kepercayaan,
  • Tarian dan
  • Perayaan


(Cara penyampaian/ pembentangan perlulah ringkas dan bebas mengikut kreativiti masing2)
Jangka waktu persiapan yang diberikan: 3 hari
Hasil Pembelajaran: Pelajar akan berasa bangga lahir di Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuknya, melahirkan perasaan hormat-menghormati seterusnya mencambahkan benih perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan etnik.
***
Namun perasaanku sedikit terkilan kerana tugasan itu tidak juga disiapkan kerana pelbagai alasan. Dan sesungguhnya aku sedikit kecewa kerana pelajar2 non-Muslim begitu bersungguh menyiapkan kerja, berjumpa dan berdiskusi berbanding pelajar2 sebangsa dan seagamaku sendiri. Bagaimana survival umat pada masa mendatang jika beginilah keadaannya...M.A.L.A.S dan S.U.K.A B.E.R.A.L.A.S.A.N? Sungguh besar cabaran bagiku sebagai pendidik.

Pejabat kesayanganku...

Tetap tersenyum dan tabah dalam misi mendidik umat :)

4 comments:

Jurnal Murahan said...

kak fmt hohoho

biasalah tu, mendidik tak sama dengan menghukum...

whatever it is, im very proud of u. Keep on going eh

Faridah Mohd Tap said...

Alhamdulillah, Thanks Mr Awesome...

you always be by my side going though all challenges as a teacher...

Anonymous said...

as a teacher pun, we have to learn on how to motivate them.. sama lah dengan Raihan, nama saja teaching primary school, tapinya cabaran.. Huhu, yang nak bunuh diri nya, yang memberontak sedari kecil nya.. Mengajar kat sini, budak2 up sket, tak di taraf yang biasa.. Pening jugak dibuatnya.

Cuma apa yang dipegang, kita sedang membina saham untuk akhirat.. Ilmu yang diberi, jika terus dimanfaatkan, akan berterusan pahala even kita sudah mati.. Moga kita tabah.. Ameen~

Faridah Mohd Tap said...

Ustazah Raihan..eh teacher Raihan...

all the best in your career :)