Monday, April 26, 2010

INTERVIEW UNTUK....


Alhamdulillah, hari ini semua agenda berjalan dengan lancarnya. Erm, coretan kali ini aku ingin kongsikan pengalaman interview aku untuk jawatan editor di PTS Publication petang tadi. Pengalaman yang kelakar untuk diriku sendiri.

Mulanya, aku ingin pergi interview sendiri menaiki motor bersama seorang junior. Tetapi, seorang sahabat yang bertanggungjawab menghantar resumeku kepada editor kanan PTS bercadang ingin menghantarku dengan keretanya bersama dengan 2 orang lain yang menjadi penemanku. Kami berpusing-pusing mencari ofis PTS tersebut, namun setelah hampir setengah jam, barulah dijumpai. Memang tersorok gak lah. Sebab tu susah nak cari.

Oleh kerana akulah orang yang terakhir datang, maka sudah tentu giliranku yang paling akhir. Hampir 2 jam aku tunggu, akhirnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan...

Gabra?? aku taklah gabra. Yang paling penting dalam interview...be yourself, be honest and also confident. Alhamdulillah!!! I've done well.

***


Yang sebenarnya...editor tu memang tak sesuai dengan aku. Minat aku jauh sekali dengannya. Rupa-rupanya, mereka sedang mencari editor buku wanita dan resipi/ masakan. Haha...kelakar betul.
Dari mula lagi aku tertanya-tanya...editor bahagian apa aku di interview ni? Memang tak ada 'hint' langsung. Mereka memang sengaja merahsiakan mungkin. Aku pula, main belasah je.
Lagipun, aku memang sengaja mencari pengalaman diinterview kerana ingin melihat sejauh mana potensi diriku dimata bakal-bakal majikan. Dengan cara itu, aku akan bertambah yakin dan memperbaiki mana yang kurang dan memperkasakan mana yang sudah baik.


***

Editor kanan: Awak memang ada kualiti dan potensi. Resume awak memang "impressed". Dulu, saya ada buka interview untuk bidang yang sesuai dengan awak..tapi dah diisi kekosongan itu. Kalau saya bagi awak jawatan editor ni...saya takut awak buat buku..."Falsafah memasak" pulak.

Aku mampu senyum jelah. Haha. Aku pun tak nak jadi editor buku memasak ni. Memang diluar kepakaran aku kot... :)

Editor kanan: Tunggu panggilan minggu depan ya. Kalau tak ada, maknanya rezeki awak bukan disini. Tetapi, PTS ni banyak kekosongan. Kalau ada jawatan lain, awak datang semula ya untuk interview. Saya memang nak awak masuk bawah unit saya, tapi masih belum dapat budget lagi. Tapi, saya rasa peluang awak sangat cerah untuk mana-mana tempat kerja pun. Kami suka dengan kejujuran awak.

Aku mampu jawab insyaAllah je. Sebabnya, aku akan memulakan proses latihan kerja di Abim Johor Jumaat ini atas permintaanku sendiri. Ya, mungkin rezekiku adalah untuk membantu Abim Johor dahulu sebelum berhijrah ke tempat lain.
***


Nota Mimosa:


Mencari pengalaman dengan jalan sebegini memang menyeronokkan. Proses interview tadi berjalan dengan senang sekali. Banyak juga yang dibualkan dan dikongsikan bersama editor kanan dan editor perolehan tadi. Memang seronok.

Dalam proses interview ni, yang paling penting...keyakinan diri, cara kita bersoal jawab dengan penemuduga, pembawaan diri yang menyenangkan semua yang terlibat (penemuduga, staf dan calon2 lain). Tapi yang paling penting...bersikap jujur. Aku sendiri mengaku tidak banyak mengetahui bidang tugas sebagai editor. Tetapi, sebelum interview tu, sempat jugalah aku mencari tugas dan jenis2 editor. Jadinya, bila ditanya..adalah jawapan yang masuk akal, bukan main hentam kromo je. Sekurang-kurangnya, nampaklah kita betul bersungguh2 untk kerjaya tersebut. Betul tak??


Apa-apapun..editor bidang masakan?? Aku memang tak layak..huhu.


p/s:
Interview yang kedua esok untuk jawatan Admin Support Officer di sebuah Multinational Corporation berpusat di Menara Standard Chartered, K.L aku sudah tolak kerana aku sudah membuat pilihan untuk aktif dengan kerja yang membolehkan aku aktif juga dengan gerakan..Keputusan sudah muktamad!
Aku sedang bersiap sedia menyumbang yang terbaik untuk Abim Johor dan Kpij beberapa hari lagi...serius! I believe I achieve!!!

5 comments:

Unknown said...

Apa kejujuran akak tu? mana tahu leh jadi jujur jugak nanti~

Faridah Mohd Tap said...

terus terang memang tak tahu pasal kerja editor...

Kalau tak tahu nak jawab apa, terus terang ja..jgn tunjuk hebat sangat

bila dia mintak komen penulisan orang lain, komen ja dengan sejujurnya...walaupun penulis tu memang kita berusrah dengannya...

Unknown said...

owh best betul. tak sabar nak kerja.

em kak fa pernah hantar artikel, manuskrip @ apa2 penulisan pada mana2 publisher atau apa2 majalah? nak tahu standard procedure kalau tahu.

*sedang mengumpul maklumat dan pandangan

akmariahnur said...

fa, hehe..bagus & tahniah.amik pengalaman di 'temuduga'..masak pun masak la..yg penting pengalaman..akma sokong keputusan fa untuk INFAQ SETAHUn di ABIM.inilah yang senior harapkan..walaubagaimanapun KEBAJIKAN perlu diutamakan..

The Aurah said...

Assalamualaikum, maaf ganggu boleh saya dapatkan nom tel untuk saya hubungi sbb saya baru dpt email dr pts then kena intervieq saya nak tanya sikit boleh?