Thursday, April 1, 2010


RAHSIA WARNA



Ketika aku sedang memerhati almari pakaian (sedang merancang nak packing barang2 sementalahan ada masa free) baru aku perasan, rupa-rupanya aku banyak sangat pakaian berwarna hitam, coklat dan ungu. Aku tak tahu kenapa aku begitu suka warna tersebut. Memakai pakaian dengan warna2 tersebut, aku dapat rasakan keyakinan diri dan mood di dalam keadaan yang optimum dan stabil. Benarlah, sebenarnya warna amat penting dalam kehidupan seseorang. Aku pernah membuat ujian aura diri, dan keputusan menunjukkan aku didominasi oleh aura merah dan ungu.


Dalam ilmu psikologi, warna amat memainkan peranan dalam mempengaruhi mood seseorang. Malah warna juga dapat merungkai perasaan dan personaliti seseorang itu. Anda pula suka warna apa??? Jom lihat rahsia warna dan hubungkaitnya dengan personaliti seseorang individu…(aku dapatkan sumber ni di internet).

1) Emas

-Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.

-Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

2) Putih

-Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

-Negatif: Boros berbelanja

3) Kuning

-Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

-Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

4) Merah

-Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

-Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

5) Hijau

-Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

-Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

6) Merah jambu

-Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

-Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

7) Coklat

-Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.

-Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

8) Perak

-Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

-Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

9) Ungu

-Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

-Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

10) Hitam

-Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

-Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

11) Kelabu

-Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

-Negatif: Cengeng dan agak pemalas

12) Jingga

-Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

-Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

13) Biru

-Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

-Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri. Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Utk rujukan dan ujian :

http://www.colour experience.org/matching/matcol_psych_tests/matcol_psych_test1.htm

http://psy.rin.ru/cgi-bin/eng/razdel.pl?r=30

***

Nota Mimosa:

Erm, rasa-rasanya betul ke kaitan warna dan personaliti seseorang? Aku sendiri kurang pasti bagaimana orang menilai aku melalui warna. Ada orang suka kuning, tapi dia tak suka langsung pakai pakaian berwarna kuning, ada orang suka warna coklat, tapi tak berapa nak gemar makan coklat…ada orang tak berapa nak gemar warna pink, tapi dia tetap pakai juga pakaian warna pink (akulah tu orangnya.) Tapikan, kalau aku pakai pink, terasa diri ini macam wanita lemah-lembut walaupun hakikatnya tak berapa nak sangat lemah- lembutnya tu..hahahaha….so, mungkin betullah warna punya pengaruh terhadap mood seseorang.

Selain itu, sahabat disekeliling kita juga adalah ibarat warna. Merekalah yang mewarnai kehidupan kita supaya lebih ceria dan bermakna. Setiap orang punya watak dan ragam tersendiri dan haruslah diraikan dengan seadanya. Jadinya, AKU SUKA DAN SAYANG SEMUA WARNA…. ;)


0 comments: