Tuesday, March 30, 2010

HARI INI...PUNYA MAKNA TERSENDIRI


Alhamdulillah, setelah beberapa tahun duduk di UIA, akhirnya berjaya juga aku menunggang motosikal keluar dari 'Taman Ilmu dan Budi' ini bertemankan sahabat junior. Fuhhhh..akhirnya aku dapat mengatasi trauma ciptaan aku sendiri. Sangat bersyukur kerana selamat kembali dan pulang.


Semenjak umur aku 12 tahun lagi aku reti menunggang motosikal. Malah pernah gak belajar betulkan motosikal kalau rosak (lihat arwah abang dan adik lain2 buat). Namun pada awal tahun 2004 ( beberapa bulan sebelum masuk Matrik) aku terlibat didalam sebuah accident (silap sendiri, tambah2 menunggang tanpa lesen!!! don't try this at home..huhu) membuatkan aku hilang keyakinan untuk menunggang di jalan raya. Kejadian itu membuatkan aku sangat2 menghargai amanah anggato badan dan nyawa kurniaan Ilahi. Walaupun cedera ringan (motosikal tu dah jadi arwah), tapi kesannya sangat mendalam sehingga aku trauma.
***


Tadi, sesampai sahaja di UIA, semasa ingin pulangkan motosikal junior di depan Babush, terserempak dengan van jenazah. Aku difahamkan sorang pelajar lelaki UIA kursus Undang2 terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tadi dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital (Innalillahi war roji'un). -Alfatihah pada Allayarham-


Sungguh!!! aku dapat menyelami apa yang ibu bapa dan ahli keluarga Allayarham lain rasakan. Aku teringat bagaimana Allahyarham abangku terlibat di dalam kemalangan kereta yang meragut nyawanya di tempat kejadian. Sehingga sekarang, kalau aku pulang ke kampung, aku akan melalui tempat kemalangan tersebut. Bekasnya, masih jelas lagi kelihatan. Malah terbayang betapa sakitnya Allayarham ketika melihat kereta wiranya yang remuk teruk dan berdarah. Ya Allah, lupakanlah aku pada kenangan itu....


Berita kematian sahabat uia tersebut, mengingatkan aku pada mimipiku sebelum itu..apakah itu jawapannya. Aku...aku...tak terucap...

***


Nota Mimosa
Ajal maut semua di tangan Tuhan. Kerana sesungguhnya, kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap manusia. Cara bagaimana kita meninggalkan dunia, semuanya asbab kepada kematian tersebut...(Ya Allah, hidup dan matikanlah aku dalam keadaan beriman pada Mu)
  • Lawan perasaan fobia dengan melakukan benda/perkara yang kita takuti itu..InsyaAllah, akan hilang. Aku sendiri sedang cuba untuk melawannya dan mengatasi fobia2 yang sangat merepek!!! nampak je aku ni macam berani, tetapi...benda yang aku takut semua benda2 kelakar..apa2 ntah!!! apakah bendanya???...hehe, biarlah menjadi RAHSIA MIMOSA.

  • 3 comments:

    Anonymous said...

    tahniah Fa=) Semoga kebaktian berterusan selepas ini. BTW Raihan dah pindah blog. Blog lama hanya akan dikemaskini untuk program masuk kg. Yang lain semua di blog baru. http://lydecker86v2.wordpress.com

    Sekadar memberitahu.. Stay keep in touch;)

    Faridah Mohd Tap said...

    insyaAllah, saya akan update perkembangan Raihan melalui blog...
    anyway, terima kasih atas makluman..

    macam mana exam SPA hari tu??

    semoga urusan duniamu dipermudahkan Allah....

    with love,
    Fa

    Anonymous said...

    Alhamdulillah, semalam dah habis Assesment Programme, 2 hari 1 malam. Penat orak, sebab dipaksa untuk fikir, fikir, fikir, dalam masa yang singkat. Apa pun, pengalaman yang menarik. Hehe~ Nanti lah Raihan citer di blog, terlalu banyak yang diperoleh.