Thursday, March 25, 2010


Dilema insan-insan lelaki yang diminati ramai wanita

Vs

“MISTERI CINTA”


Pada entri kali ini, aku ingin menulis sesuatu yang sudah lama aku perhati dan dengari. Dilema lelaki-lelaki yang diminati ramai kaum wanita. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal ni, tak ada isu lain ke nak tulis. Hmmm…aku ada jawapan tersendiri. Lagipun lelaki-lelaki dalam dilemma tu bukan orang lain, tetapi sahabat-sahabat aku juga. Ada yang menceritakan dilemma mereka padaku, ada juga yang memang kuketahui tanpa perlu dibicarakan kerana dirinya sering diperhatikan oleh ramai wanita..hmmm, tak tahu ar nak cakap ape.. Tambahan pula aku di besarkan dalam keluarga yang majoritinya lelaki dan sudah tentu aku akan ‘apply’kan pada adik-adik lelakiku yang semakin membesar dan bakal mengharungi suka-duka kehidupan dan salah satunya perkara ini.

Sahabat-sahabat lelaki yang kukenali sepanjang kehidupan ini memang berbeza (terutama yang terlibat dalam gerakan Islam), Yelah, mungkin lelaki-lelaki lain diluar sana begitu teruja apabila diri mereka diminati ramai, dan ada juga yang ambil kesempatan ke atas peminat-peminat mereka itu. Lelaki-lelaki lain mungkin ambil kesempatan memainkan perasaan wanita-wanita yang menggilai mereka, lepas tu meninggalkan mereka seperti kata pepatah, “habis madu, sepah di buang”. Memang dasar lelaki buaya dan kasanova!!! Nasib baik tak pernah jumpa lelaki tak guna macam tu, Alhamdulillah.

Berbalik kepada dilemma sahabat-sahabat lelakiku itu. Aku amat mengerti perasaan kalian. Tak perlu diucapkan pun, aku tahu betapa sakitnya dan gundahnya hidup jika diri dikagumi, dicintai dan apa-apa sahaja yang seangkatannya. Sakitnya rasa dihati kerana terpaksa mengecewakan hati-hati mereka yang menaruh harapan cinta yang menggunung pada kita. Malah perasaan cinta itu mendorong para wanita bertindak melanggar adat kebiasaan seperti merisik para lelaki tersebut. Kalau cinta tak dilafazkan pun, perbuatan si wanita jelas membicarakan cintanya (non-verbal communication) seperti selalu mesej memberi kata-kata nasihat, sabar dan setia yang agung walaupun lelaki idaman buat tak tahu malah marah2 pula dan pelbagai lagi untuk membuktikan cinta pada si lelaki. Hebatkan kuasa cinta!

Namunpun begitu, kita perlu selidiki kenapa wanita-wanita itu begitu mengkagumi dan menaruh hati pada diri lelaki yang membuatkan hati wanita mereka bergetar. Aku berpegang pada prinsip, ‘pokok tak akan bergoyang, kalau tak ada angin yang meniupnya.” Lagipun ‘findings’ yang aku dapat ini berdasarkan pemerhatian informal aku (lama juga ar) yang tak semestinya tepat, huhu. Pertamanya, faktor fizikal dan penampilan diri lelaki tersebut. Kesemua sahabat-sahabat lelaki yang didalam dilemma tersebut mempunyai penampilan yang kemas, selain rupa yang ‘sedap mata memandang’ secara jujurnyalah. Walaupun begitu, faktor rupa paras ini tidak penting bagi para wanita untuk jatuh cinta.

Keduanya perwatakan diri yang mandiri dan kematangan berfikir. Erm, faktor ini penting bagi seseorang wanita mencari pasangan hidupnya. Oleh kerana wanita cepat matang daripada lelaki, maka apabila berjumpa lelaki (umur dekat2) tetapi matang pemikirannya, tidak boleh tidak mesti ada sikit perasaan cinta membenih di dalam hati. Selain itu, perwatakan diri lelaki yang terlalu mengambil berat (caring) terhadap diri wanita (walaupun tanpa perasaan cinta) seakan-akan memberi harapan cinta pada wanita tersebut. Ermmm…

Ketiganya, faktor kepimpinan. Erm, ini pun penting bagi wanita yang berdaya kepimpinan. Jika wanita itu ditaklifkan sebagai pimpinan, sudah tentu hatinya tertaut pada lelaki yang hebat juga dari segi kepimpinannya. Faktor lain, dari aspek pertuturannya. Lelaki-lelaki tersebut kalau berkata-kata, ada isi yang bernas dan ada juga yang suka lelaki jenis berpuitis. Hati wanita mana yang tak tergugat jika berhadapan dengan lelaki sebegini, tambah-tambah yang suka berpuitis. Oleh kerana wanita ni secara fitrahnya sukakan kepada sesuatu yang membangkitkan emosi, maka apabila membaca atau mendengar lelaki2 tersebut bermadah romantik atau membangkitkan semangat, terpegun para wanita yang mendengarnya. Maka, secara perlahan-lahan membenihkan perasaan cinta dalam hati. Itulah sedikit sebanyak faktor-faktor yang aku dapat simpulkan kenapa sahabat-sahabat lelaki aku itu diminati oleh para wanita yang sebahagiannya sahabat aku juga.

***

“Erm, ada jalan penyelesaian tak? Saya dah tak tahu macam mana nak buat lagi.” Itulah antara nada-nada sahabat-sahabat lelaki yang mengadu dliema mereka padaku. Erm, susah nak jawab ni. Tambah-tambah aku yang dikategorikan sebagai “susah nak ada perasaan cinta pada lelaki…ooppss, aku tak cinta kaum sejenisku ok!!!” oleh sebahagian sahabat. Tapi aku ada ar sikit ilmu kaunseling dan pengalaman mengendalikan masalah sebegini. So, boleh ar tolong sikit-sikit sebagai nasihat dan jalan penyelesaian.

Pertamanya, jangan memberi harapan pada wanita seperti memberi mesej atau kata-kata nasihat yang keterlaluan banyaknya kerana wanita akan menganggap mesej itu sebagai tanda keprihatinan lelaki pada diri mereka. Jika tak, jangan salahkan wanita tersebut, kalau dia jatuh cinta pada anda.

Keduanya, jangan terlalu rapat dengan wanita tersebut seperti mencari wanita tersebut untuk menceritakan masalah hati, peribadi dan sebagainya. Walaupun kita anggap dia/mereka sebagai teman, namun lama-lama boleh jadi ‘teman tapi mesra’, bertambah teruk apabila wanita itu akan mula menaruh hati pada diri lelaki tersebut. Sanggup ke kita nak hancurkan perasaan sahabat wanita kita itu???. Kalaupun terima, jangan sesekali didorong sebab kasihan, kerana itu lebih memburukkan keadaan. Orang kata, lebih baik kecewa sekarang, daripada kecewa dikemudian hari apabila hubungan suci (nikah) sudah terbina. (Banyak juga kes yang mula-mula bersahabat, lepas tu berkasih, mula2 mengadu masalah, lepas itu…terjerat dalam masalah hati plak,,,.heee). Lepas tu lain-lain masalah pulak timbul, (dapatan kajian berdasarkan pengalaman orang lain). Dengan aku nak cerita masalah hati boleh, aku tetap sudi dan setia mendengarnya dan akan membantu sebaik mungkin, (tapi perlu mengikut prosedur seorang kaunselor dan kliennnya-tak de jiwa2, serik!!!).

Ketiganya, menjelaskan kepada wanita-wanita tersebut kenapa anda tidak boleh terima cinta suci mereka. Cakaplah anda punya komitmen pada benda lain, belum bersedia dan bernikah bukan keutamaan pada waktu sekarang ataupun apa-apa yang masuk di akal. Tapi, semestinya jujur dari hati. Jangan sesekali menolak dengan kasar, tetapi perlulah dilakukan dengan penuh hikmah kerana mereka tidak bersalah untuk punya perasaan itu, kerana cinta itu kurniaan dari Ilahi. Mereka tidak minta pun untuk mencintai dan mengkagumi diri anda. Katakan yang anda amat hargai cinta mereka pada anda, tetapi anda tidak layak untuknya…lepas tu, pandai2 lah sambung skrip ye.

Keempatnya,cepat-cepatlah cari pasangan hidup dan mendirikan masjid dengan si dia yang sudah bertahta di hati (bagi yang berusia sikit) supaya wanita-wanita lain yang mencintai diri anda itu tidak lagi membina dan terus membina harapan pada anda (ni cara yang paling advanced). Kelimanya, jika belum ada juga yang bertahta di hati, anda kena memilih. Orang kata, cinta itu boleh dipupuk. Tak pun, kalau tidak mahu memilih di antara semuanya, maka jalan lain ialah dengan mendekati wanita idaman yang sudahpun bertahta di hati dalam diam, kerana selalunya anda sukar menerima hati wanita lain yang sedang berbaris tu sebabnya hati anda sudah dicuri dan dimiliki oleh wanita lain yang tidak terlafaz oleh anda sendiri..Cinta jenis ini dipanggil ‘cinta dalam hati’ (tapi kenalah guna cara yang betul, seperti guna orang tengah/ penyendal beriman). Kalau main approach je, takut dan lari plak wanita idaman tu karang, kena plak yang Islamik. Untung nasib badan kalau wanita idaman tu ‘single’, tapi, kalau dah berpunya…bunga bukan sekuntum, lagipun anda kan ramai peminat, pilih je yang dapat menambah iman anda, tapi bukan nafsu tahu!!! Cara yang terakhir dan terutama, istikharah dan serah pada Allah. Letakkan harapan hanya pada Allah jika semua ikhtiar di atas tidak berjalan.

***

Kesimpulannya, cinta ini memang sukar dimengerti dan selamanya misteri pada pandangan manusia. Aku suka memerhatikan gelagat orang bercinta, pelbagai rupa, karenah, suka duka yang buat aku tersenyum hatta tergelak sorang2. Aku pernah menegur seorang sahabatku yang ketika itu sedang hangat bercinta (ada sebab kenapa aku perlu menegurnya), tetapi aku pulak yang kena balik…katanya, “kau tak pernah bercinta, bila kau dah ada perasaan tu, tahulah kau betapa sukar menolaknya..hmm, (Alhamdulillah sekarang dia dah selamat berkahwin)” Isyyhhh .aku lebih rela maintain single dari bertemu cinta macam tu, menjauhkan diri dari Tuhan je…

Tak kisah pun korang cakap apa, tapi satu pegangan aku, cinta ini suci dari Ilahi, sebab itu aku akan marah jika orang melakukan perkara-perkara tidak senonoh atas nama cinta. Pesanku pada sahabat-sahabat yang sedang hangat bercinta, tolonglah jaga kesucian cinta itu, jagalah perhubungan antara kalian jangan sampai mendatangkan fitnah. Kalaupun bercinta, biarlah ada tujuan iaitu untuk membina sebuah hubungan yang lebih bermakna (nikah), jangan di bazirkan perasaan sayang dan cinta itu dengan asyik bertukar-tukar pasangan dengan mengatakan belum ketemui cinta sejati dan cinta sempurna yang serasi dengan diri. Ermm…kalau asyik lafazkan perasaan cinta pada orang-orang lain, nanti untuk yang betul-betul confirm jadi suami atau isteri yang sah tinggal yang saki-baki je..tak seronoknya…

p/s:

  • Ya Allah, semoga aku temui cinta yang mendekatkan aku pada-Mu, Amin. (Oleh kerana umur dah 24 tahun, tambah2 aku perempuan dan dah ramai orang mula bertanya perancangan hidupku, nak tak nak kena fikir juga (tapi aku tak nak fikir, huhu)…, isyyhhh 3X… tak suka betul bila usia meningkat sebab benda2 ni lah, elergik!…haha).
  • Nasihat pada para sahabat lelaki/wanita, janganlah kerana cinta tidak berbalas, kita akan meninggalkan medan dakwah ini. Cinta itu memang dugaan yang sangat besar, tapi cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan kumbang, kumbang pun akan mati, cintakan manusia, manusia akan lagi pasti akan mati. Letakkan harapan hanya pada Allah. Mungkin cinta wanita/lelaki itu bukan milik kita, sedangkan ada wanita/ lelaki lain sudah diaturkan untuk kita. Itu janji yang Maha Esa dan mungkin belum tiba waktunya…sabar dan setialah menunggu cinta misteri itu. Tak di dunia,di syurga pasti ada. InsyaAllah.
  • Kepada sahabat2 lelakiku yang ramai peminat, sabarlah. Itu semua dugaan untuk menguji iman anda. Tapi, satu pesanku…jangan beri harapan palsu pada wanita. Jika anda sudah berpunya, hormatilah ‘kekasih’ anda itu dengan menjaga batas pergaulan. Bila waktunya sudah tiba (bersedia fizikal, mental, kewangan dsbgnya), janganlah ditangguh untuk sebuah perhubungan yang lebih bermakna iaitu melalui pernikahan. Lepas tu jangan lupa pula hantar kad jemputan kat aku/akak..OK? Deal!!!

Sejurus aku siap menaip artikel ni, tetiba lagu MISTERI CINTA, dendangan kumpulan Brothers dan Waheeda menerpa ruang pendengaranku (first time dengar ni) -seorang junior Muslimah bagi aku lagu nasyid ni- (mcm ada makna je,hmmm)…

“Hadirnya bak hembusan sang bayu,

Meniup lembut dan mengusik kalbu

Dibuai lena hingga terlupa

Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara

Bunga-bunga cinta disemai di jaga

Kerna percaya ada kembangnya

Yang akan mewarnai dunia

c/o

Cinta…

Tersematkah di istana janji dua jiwa

Cinta…

Terleraikah di antara kaca dan permata

Atau saksi buta

Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa

Bukan jua helah pendeta

Biar memuja dan terkecewa

Tanpa kabus di pinggir senja

Terleraikah segalanya

Satu misteri di dunia yang fana

Namun harus dipelihara bunga

Sementara tak menyapa…cinta.

Hanya Dia tiada pernah memungkiri janji-Nya

Dan kekal untuk selamanya…”


0 comments: