Monday, March 22, 2010

SALAM IMTIHAN PADA SEMUA SAHABAT2KU!!!




Setiap kali result exam, assignment dan seangkatan dengannya keluar, ada sebahagian sahabat-sahabat sangat suka bertanya keputusan yang aku perolehi.

Terus terang, aku kurang selesa dengan keadaan itu. Bukan aku kedekut atau apa2 label negatif lainnya, tetapi aku tidak mahu memberi tekanan kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik. Biasanya, aku lebih suka cakap "lebih kurang je markah dengan korang " supaya mereka tidak mendesakku untuk menunjukkan keputusan. Tapi, aku tahu mereka memang tak akan percaya. Sudahnya, aku akan cakap "semua rezeki dari Allah. Alhamdulilah."

"Macam mana nak dapat result best ar masa exam???" tanya mereka selalunya.

Aku: erm...susah nak jawab. Tapi yang paling penting, faham soalan dan jawab mengikut kehendak soalan. Kekadang ada je yang tak sempat dibaca, tapi aku akan jawab berdasarkan logik dan perlu ada hujah yang sesuai walaupun tidak ada kaitan dengan nota. Tapi, nak terus dapat result best masa Final tak boleh secara tiba-tiba. Kena konsisten daripada awal. Assignment, kuiz, dan semua tugasan yang diberikan perlu buat sehabis baik. Kemudian, bulatkan hati, tawakkal kepada Allah. Kita tak boleh tawakkal sahaja tanpa ikhtiar sebab itu bukan ajaran Islam yang sebenarnya. Lagipun, semua yang aku perolehi adalah rezeki dariNya.

***

Disaat ini, aku percaya ada beberapa sahabat yang kecewa dengan 'continuos assesment mark' mereka.Tapi, jangan rasa kita tidak ada peluang lagi, selagi belum menduduki final exam, selagi itu, kita masih ada masa untuk memperbaiki apa yang kurang. Nasihatku, jangan putus asa dan beralah! Namun, berjuanglah hingga ke akhirnya walaupun dalam keadaan berputus asa. InsyaAllah, Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya.

Allah berfirman di dalam surah Al-Talaq:3,
" Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendak-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Walaupun kita tidak dapat result best,namun jangan pernah ada perasaan hasad dan dengki. Kerana Allah telah berfiman didalam surah Az-Zukhruf ayat 32, mafhumnya, "Kami (Allah) telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia." Hatim Al-Assam (dipetik dalam buku 'Peringatan Imam Ghazali yang sedang aku baca) berpesan, pembahagian harta, kedudukan dan ilmu pengetahuan telah ditentukan oleh Allah S.W.T. sejak azali lagi. Maka mengapa harus kita dengki kepada orang lain? malah seharusnya kita perlu redho dengan rezeki yang telah ditentukan kepada kita. Tambahan lagi, jika kita peroleh 'lebih' sedikit daripada yang lain jangan sekali-kali berbangga dan merendah-rendahkan orang lain. Itu tidak molek sama sekali.

p/s:



  • Hidup ini SUNNATULLAH...agk mustahil kejayaan TANPA USAHA. Nak cemerlang perlu kepada usaha yang cemerlang ...
  • Salam imtihan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beroleh kejayaan kepada semua para sahabat dan adik2 yang aku kasihi.
Doa+ usaha+ Ikhtiar+Tawakkal (DUIT)

0 comments: