Friday, January 22, 2010

AKU DAN PILIHAN RAYA KAMPUS

Alhamdulillah, selesai sudah Pilihan Raya Kampus UIAM semalam. Terma kasih Ya Tuhan kerana telah memberikan aku kekuatan untuk menyempurnakan amanah yang telah tertulis diatas kertas putih.

Bertahun aku terlibat dengan PRK UIAM, bermula dengan menjadi calon sehinggalah menolong orang lain pula menjadi calon. Aku sangat bahagia dan semangat menjalankan tugasku. PRK inilah yang mengajar aku erti penyerahan diri kepada Ar-Rahman, erti susah senang perjuangan, erti pengorbanan, erti kesabaran, erti mencari pengalaman, erti membuat perancangan dan erti mengenali teman.

PRK inilah yang membina diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Tidak gentar dengan kekalahan dan tidak takut dengan cakap-cakap orang yang sering ingin menjatuhkan semangat.

PRK inilah tempat aku menilai diri. Yang baik dikekalkan, yang buruk diislahkan. Aku tidak mahu senantiasa selesa dengan apa yang ada. Aku mahu berhadapan dengan masyarakat kampus agar ruang lingkup dakwah lebih meluas.

Aku tidak pernah memandang PRK sebagai semata-mata politik kampus. Aku juga tidak pernah memandang PRK sebagai medan hanya untuk merebut-rebut kerusi dan kemenangan. Aku memandangnya sebagai satu latihan dakwah dan tarbiyyah. Dari situ, aku dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada perjuangan kita. Jika selesa dengan kelompok sendiri, kita mungkin syok sendiri. Justeru itu harus dielakkan.

PRK inilah tempat aku melalui proses tarbiyyah. Senantiasa meletakkan harapan pada yang ESA. Mengharapkan diri diberikan kekuatan menunaikan amanah. Biar ada yang menentang, aku tidak kisah. yang paling penting, menyempurnakan amanah. Tidak kira apa jua cabaran, apa sahaja kata orang dan kritikan dan apa sahaja kesakitan, biar terpaksa meluahkan rasa hati yang terpaksa mengguriskan perasaan teman seperjuangan, AMANAH TETAP AMANAH & AMANAH HARUS JUGA DISELESAIKAN!!!!

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT SEPERJUANGAN YANG MEMBANTU MELAKSANAKAN AMANAH.

DAN MOHON MAAF KEPADA SEMUA ANDAI AKU TERSILAP BICARA LALU MENGGURIS PERASAAN...

SEMOGA KALIAN DIBERKATI DUNIA AKHIRAT.

TERUSKAN PERJUANGAN, kerana aku...........????






0 comments: