Saturday, January 30, 2010

DIALOG RINGKAS TAPI BERMAKNA


Semalam (29 Januari 2010), aku di Mustika Embun, pejabat Kesatuan Pelajar Islam Johor. Demi terpandangkan seorang ibu yang tidak menang tangan mengangkat barang2 anak-anaknya dari Pusat jagaan kanak-kanak, maka terjadilah perbualan ringkas antara aku, Aliemran dan ZulIkhram.

Aku: Tengok ibu tu. kesian dia kena angkat barang-barang anak-anaknya . (masa tu kelihatan 2 orang anak lelakinya sedang berlari ke kereta, manakala anak perempuannya di belakang ibu tadi, suaminya pula duduk didalam kereta.)

Ali dan Zul memandang ke arah ibu tersebut.

Ali: Sepatutnya, ibu dan ayah tersebut mengajar anak-anaknya tolong angkat barang. Kalau tak diberitahu, sampai ke besar nanti mereka tak tahu. Nanti mereka terbiasa, semua mak ayah yang buat.

Zul: ......(mengiyakan sahaja)..........

Aku:
Betul juga...

Moralnya, sikap 'altruism'-sikap suka menolong harus dipupuk sedari kecil. Justeru itu, ibubapa memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak untuk senantiasa menolong. Mulakan dengan benda-benda kecil seperti tolong mengangkat barang. Lama kelamaan jika anak-anak di latih sedemikian, mereka akan membentuk sikap suka menolong orang lain juga yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya, sikap 'ringan tangan' untuk membantu semakin luntur di kalangan anak muda generasi kini. Wallahu'alam.

2 comments:

abu said...

betul...dan lebih baik jika si ayahnya jua yang mendahulukan supaya menjadi contoh kepada si anak...wallahu'alam...

Faridah Mohd Tap said...

betul juga tu..., tapi agak sukar untuk jumpa si ayah yang sebegitu...Alhamdulillah ayah saya jenis suka menolong dan rajin..so, menjadi contoh pada anak2...