Wednesday, January 27, 2010

BULAN ITU MEMBUATKAN AKU TERFIKIR....



Malam tadi sepanjang perjalanan pulang kerumah dari Kota Tinggi, aku asyik memerhati bulan separa di langit...indah dengan cahayanya yang terang.

Bulan itu membuatkan aku terfikir...

Dalam sirah Nabawiyyah, pernah diceritakan tentang bagaimana bulan terbelah dua untuk membuktikan keRasulan Baginda Muhammad S.A.W. kepada Kafir Musyrik. Bukan setakat itu, aku juga pernah terbaca lama dulu tentang seorang astronomi Barat yang pernah menjejakkan kaki ke bulan lalu melihat ada belahan diatasnya. Jika benar bagai dikata, Subhanallah, takjub sekali. Dengan izin Tuhan, Allah yang Maha Agung, mukjizatnya keRasulan Baginda kekal untuk generasi manusia yang terkemudian. Andai aku dapat menjejakkan kaki ke bulan itu....

Bulan itu membuatkan aku terfikir...

secara hakikinya bulan itu hanyalah sebuah batu yang sangat besar, permukaannya dipenuhi kawah akibat hentaman meteor-meteor di angkasa sana. Namun, di bumi, kita dapat melihatnya sebagai sesuatu yang sangat indah. Cahayanya menerangi alam. Cahayanya menjadi penyeri kepada malam yang gelap gelita. Subhanallah, indah sekali.

Aku cuba mengaplikasikan dalam kehidupan ini. Ya, kehidupan ini penuh onak dan duri. Apatah lagi hidup di dalam gerakan Islam.

Lihat sahaja pengorbanan manusia agung, Rasulullah, para sahabat dan para mujahideen. Terkorban mereka dengan tidak sia-sia. Kerana pengorbanan itu, kita berpeluang mengecapi nikmat hidup dalam iman dan Islam.

Alhamdulillah. Benarlah seperti yang dikata, perjuangan dalam Islam tidak pernah indah, penuh luka-luka, tapi percayalah ganjarannya sangat indah iaitu syurga. InsyaAllah. Walaupun, sebenarnya, pengorbanan itu hanyalah sekecil zarah jika dibandingkan dengan syurga yang di janjikan-Nya.

Bulan itu membuatkan aku terfikir...

Aku teringin menjadi seperti bulan. Walau dilanda pelbagai mehnah dan tribulasi, tetap mampu tersenyum memberi cahaya kepada manusia lainnya. Tetap mampu memberi manfaat kepada manusia lainnya. Tapi aku tidak kuat seperti disangka...langkahku kekadang tersasar. Hatiku kekadang terasa ingin mengalah.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Amin.

0 comments: