Wednesday, January 27, 2010


KISAH SI GADIS DAN SEBUAH CERMIN


(Khas untuk para gadis yang disayangi.)


Seorang gadis berdiri di hadapan cermin besar menampakkan sosok tubuhnya. Melihat dirinya, dia hampa.


Cermin: Kau cantik, tapi ada yang kurang.


Gadis: Apa??? arghh..katakan kepadaku wahai cermin, apakah kekurangan itu?


Cermin: Hidung ko. kalau mancung sedikit, pasti semakin cantik. Apa kata ko wat pembedahan sikit. Kasi mancung hidung ko tu.


Gadis: A'ah lah...hidung aku ni tak berapa mancung. Erm, nanti aku wat pembedahan plastik Lagipun, aku anak orang kaya. Untuk cantik mesti kena berani tanggung risiko.


Beberapa bulan kemudian....

Gadis itu berdiri di hadapan cermin. Melihat dirinya. Dia hampa lagi.


Cermin: Erm, ko semakin cantik dengan hidung mancung terletak. Tapi, masih ada kekurangan lagi.


Gadis: Kekurangan???? argh, aku tak suka dengar itu (nada marah). katakan kepadaku wahai cermin, apakah kekurangan itu?


Cermin: Kau memang dah cantik, tapi agak gemuk sikit. Kau tahu kenapa pakwe ko asyik bertukar ganti? sebab ko semakin gemuk. Banyak sangat lemak kat badan ko tu. Ko tak takut orang panggil ko badak ke, gajah ke dan sebagainya...kalau aku, aku malu. Tak sanggup dah nak hidup kat muka bumi ni.


Gadis: Gemuk? Erm, memang aku gemuk. Kerja aku makan je. Makanan pun semuanya berkolestrol tinggi. isyh..tak boleh jadi ni. Aku kena kuruskan badan gak. Aku kena berdiet dari sekarang.


Cermin: Cup...cup...cup...ko mampu ke tahan selera makan ko tu???? Aku tak yakin ko mampu tahan selera makan ko tu. Kalau makanan dah terhidang depan mata, aku jamin ko sebat semua masuk mulut ko. Masa tu, diet ntah ke mana???


Gadis: Erm, betul juga kata ko tu cermin. Habis tu aku nak wat camne ni???


Cermin: Aku ada idea, bravo punya!!!! nak tahu tak?? ko boleh kurus dengan cepat, tanpa sekat pemakanan ko.


Gadis: Apa idea tu?? ko cakaplah dengan aku, jangan wat aku tertunggu-tunggu..aku dah taksabar ni.


Cermin: Hahaha...apa kata ko buat pembedahan sedut lemak. Ramai wanita yang dah buat, dan semuanya berpuas hati. Aku jamin ko mesti suka punya dengan penampilan baru ko.Kurus langsing. Mesti ramai sangkut dengan ko punya lah...(nada meyakinkan).


Gadis: Erm...ok,prinsip aku, mesti berani tanggung risiko untuk cantik!!! (senyum dengan penuh keyakinan)


Beberapa hari kemudian, gadis itu pergi ke pusat kecantikan untuk membuat rawatan sedut lemak.

Tapi.....

Gadis itu menemui ajal tanpa sempat melihat tubuh barunya.

Dia mati mengejut akibat kehilangan darah dan bendalir yang banyak ketika proses penyedutan lemak sedang dilakukan.


inikah yang dikatakan cantik?????

p/s: Kepada gadis-gadis yang disayangi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan terlalu taksub dengan kecantikan kerana ia membuatkan jiwa kacau. Sentiasa memikirkan kecantikan yang sempurna akan menyebabkan kita lupa dan menafikan kesempurnaan Tuhan yang Maha Pencipta. Yakinlah, setiap ciptaannya adalah yang terbaik untuk setiap orang. Tidak pernah ada cacat celanya.
KECANTIKAN ADALAH SUBJEKTIF, HARGAILAH DIRI ANDA SEADANYA.

0 comments: