Friday, February 5, 2010

HORMATILAH KAMI ….

Pada penulisan kali ini, aku ingin luahkan perasaan tidak puas hati pada sikap tidak hormat seorang lelaki pada seorang perempuan.

Aku baru sahaja selesai belajar memandu untuk kelas terakhir sebelum test JPJ lewat bulan Februari ini, InsyaAllah. Malangnya, aku tidak bernasib baik sebab dapat cikgu lelaki. (Erm, aku bukan anti-lelaki okey!!! Walaupun ada yang mengatakan aku seorang feminism…hmmm???).

Oleh kerana aku dapat cikgu lelaki dan cikgu perempuan semuanya tidak berkelapangan, aku redho je. Jadinya, setiap kali aku belajar, aku akan pakai sarung tangan. Dari kelas pertama lagi, cikgu aku tu asyik perlekehkan aku sebab pakai sarung tangan. Aku tersenyum dan menyatakan pendirianku dengan penuh ketegasan….

Cikgu: pakai sarung tangan lagi…ngada-ngadalah awak ni.

Aku: (senyum) syariat Islam, balasku ringkas.

Cikgu: Ala…biasalah, untuk belajar, tersentuh-sentuh sikit, tak apa. (memandai2 je dia bagi ‘fatwa’ macam tu)

Aku: Tapi, kalau boleh elak, kita wajib elak..

Cikgu: erm….ntah2 tangan awak ni ada parut kot. (saja je dia bagi aku ayat2 provokasi).

Aku: (senyum, tapi dalam hati, sabar jelah aku dengan cikgu ni)

Cikgu: Erm, kamu dah berpunya???

Aku: Dah. (aku sengaja berbohong padanya, sebab dengan bagi alasan macam ini, dia tak akan menggatal dan aku berasa selamat)

Cikgu: Okeylah…kita belajar mandu sekarang.

Aku: Okey, jom…

***

Aku pun memulakan latihan pemanduanku….

Hampir sejam kemudian, masa menunggu giliran untuk ‘latihan bukit’.. dengan sengaja cikgu tersebut mencuit tanganku..

Aku memandangnya dengan sinis sekali.

“Tak haram pun, berlapik kan??” cikgu itu tersengih

“Kalau sengaja, berdosa” tegasku dan memalingkan wajahku yang sedang bengang ke tempat lain.

Lepas itu cikgu aku menegur kawannya yang juga sedang mengajar seorang perempuan bersebelahan dengan kereta kami.

Cikgu: Ustaz (sengaja dia panggil kawannya dengan gelaran itu)., ada tersentuh-sentuh tangan tak dengan pelajar ko tu???

Kawan dia: Adalah sikit2 tersentuh…(pelajar perempuan disebelahnya senyum malu)

Cikgu: Jangan, haram. Ko tengok pelajar aku ni (akulah orangnya), pakai sarung tangan tau.

Aku: (diam sambil menggeleng2kan kepala)…

Setelah cukup 2 jam kelas, aku pun pulang semula ke UIA…

***

Aku terfikir…

Sesungguhnya, amat sukar untuk menjaga syariat Islam di kalangan masyarakat Muslim sendiri. Pelik, tapi itulah realitinya. Oleh kerana, masyarakat sudah terbiasa dengan sesuatu yang pada dasarnya haram, tapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat, ia seolah-olah tidak berdosa. Maka, apabila seseorang itu mengikut syariat, dia pula dianggap ‘taboo’ dan diperlekehkan sebagai tidak moden dan pelbagai istilah sinis lainnya. Apa sudah jadi????

Walaupun begitu, hubungan aku dengan cikgu aku tetap berlangsung dengan baik, sebab aku tak pernah meninggi suara padanya kerana masih lagi menjaga adab dengan guru. (walaupun aku marah dengan sikap tidak hormatnya pada aku). Tapi, aku sedar, aku punya tanggungjawab besar dalam mendepani senario begini di dalam masyarakat Muslim sekarang. Cikguku menjadi sampel kepada sebahagian daripada masyarakat kita yang jahil dalam agama, dan kita sebagai pendakwah perlu memainkan peranan dengan sabar dan penuh berhikmah. Tugas kita cuma menyampaikan, sebab pintu hidayah itu tetap dulu, kini dan selamanya hak mutlak Allah Ta’ala.

Perspektif lain yang aku ingin cuba coretkan, sebagai perempuan, kita kena kuat berhadapan dengan lelaki jenis macam ini. Kita kena berani menyatakan pendirian kita dengan tegas dan berhikmah supaya tidak menimbulkan perasaan dendam dalam hati mereka.

Nasihatku pada para lelaki, hormatilah kami kaum perempuan. Contohilah Rasulullah yang begitu mengasihani wanita. Aku pernah terbaca satu hadith Sahih yang bermaksud, “Lelaki yang paling baik antara kamu adalah mereka yang berlemah-lembut pada wanita.” Wanita ini termasuklah, ibu, isteri, saudara perempuan, sahabat perempuan, dan semua sekali yang namanya wanita.

Tidak pernahkah kita semua terfikir, mengapa kewujudan feminism dalam dunia Islam dasawarsa ini semakin menjadi-jadi???…walaupun jawapannya pelbagai dan relatif bagi setiap orang, namun poin utamanya adalah kerana kekejaman pihak lelaki yang tidak memahami ajaran agama Islam yang syumul. Berapa banyak kes penderaan isteri, rogol, sumbang mahram, gangguan seksual dan sebagainya menghantui kaum wanita sekarang???

Kesimpulannya, sikap saling hormat-menghormati menjadi kunci kesejahteraan dalam masyarakat. Lelaki perlu memahami fitrah kejadian wanita, dan wanita perlu juga memahami fitrah kejadian lelaki. Jangan cuba melanggar dan mencabar batas ego diri masing-masing kerana kelak akan menjadi penyebab huru-hara dalam masyarakat.

Bilamana sikap saling hormat-menghormati ini wujud, produk akhirnya, masyarakat hidup aman dan makmur. Tidak ada lagi istilah gender bias, feminism, emansipasi wanita, penghakupayaan wanita, penghakupayaan lelaki dan banyak lagi istilah yang terlahir dari ketidakseimbangan dalam struktur sosial. Wallahu’alam.

3 comments:

Anonymous said...

wah, setuju dengan Fa.. Hmm, bukan nak Feminism, cuma kalau kita yang tak tegakkan hak kita, nak harap kepada siapa lagi kan?

Satu lagi yang Raihan agak nak melenting, bila promoter lotion atau ubat sapu yang suka-suka hati tarik tangan kita pastu sapu lotion. Aduh! Suka hati je, at least kalau tak hormat perempuan pun, nampak kita yang bertudung ni, pandai-pandai la ingat. Suka hati je nak sentuh orang..

Dan satu lagi pasal sentuh berlapik ni. Dulu roommate Raihan yang agak Islamik dari segi pakaiannya, pakai sarung tangan nak pergi dating, dengan alasan boleh la nak pegang tangan. Hmm, berlapik, kalau pegang 'tempat lain' tapi berlapik jugak, tak berdosa kah? Haih~

Tiba-tiba emosi~
Astaghfirullah.. Nauzubillah min zalik..

Sarah Ayu said...

aku setuju ngn fa...

hormatilah kaum hawa..bukan ye kami mengada2,tp sudah jadi tuntutan syariat untuk dijaga..

suke2 je nk pegang2..

AmOyz said...

erm,,betol la fida..aku setuju dengan post ko ni... kenapa yer,,majoriti cikgu2 balajr memandu ni perangainya lebey kurang sama..Setiap kali aku nak pergi belajar, takut menyelinap dalam diri.. Tapi kuatkan je hati n bertindak tegas dengan dorang tu.. Kadang mereka sengaja mengambil kesempatan...wah..bila test JPJ ni? all d best ya...=)