Monday, February 7, 2011

FOKUS
Semalam sejurus sampai di rumah, aku menolong emak di dapur menghidangkan makan malam. Banyak yang diborakkan lantaran jarang bertemu. Emak ketika itu menggoreng papadom, manakala aku membasuh pinggan kotor di sinki.
Sejurus selepas menggoreng emak memindahkan kuali berisi minyak panas ke tempat asalnya di bawah. Aku seterusnya memanaskan ayam masak merah. Selepas diletakkan di dalam pinggan, otakku ligat untuk memanaskan sup ayam pula.
Tapi ketika itu aku sibuk berborak dengan emak, entah macam mana otakku memikirkan nak panaskan sup ayam, tetapi yang dicapai kuali panas. Apalagi sejurus kupegang dan kuangkat kuali tersebut tidakan refleksi terus berlaku. Aku melepaskan kuali yang terisi minyak panas tersebut.
Maka tersiramlah ke atas jari2 kaki ku. “Maaaakkkk....” itulah yang terkeluar dari bibirku. Emak dan ayahku datang kepadaku. Emak membawaku masuk kebilik air untuk dibasuh minyak di hujung kakiku. Ayahku pula menggesaku untuk menyapu ubat gigi ke atas kaki yang terkena minyak panas tersebut. Sejurus selepas dikeringkan aku segera menyapu ubat gigi dipermukaan kulit tersebut.
Pijar, pedih, berangin semuanya bersatu. Semalaman aku tidak duduk diam kerana kesakitan itu. Berdenyut-denyut dan pedih sekali. Tapi aku redho, mungkin kafarah dosa-dosaku yang aku lalai. Malam itu, aku jamah sedikit sahaja nasi ayam kerana tidak lalu makan selepas kejadian tersebut.
Kepenatan perjalanan dari Negeri Sembilan ke Melaka dan seterusnyan ke Johor menyebabkan aku terlena jua akhirnya. Keesokan pagi, aku tersedar jam 6. Aku segera bangun membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh dan mambaca Ma’athurat.
Kesakitan itu telah berkurangan cuma sesekali sahaja terasa. Aku bersyukur, kulitku tidak melepuh. Hanya kesan kulit gelap sedikit dan sakit jika disentuh. Aku menyapu bio-oil, minyak khas yang ada dalam simpananku digunakan untuk menhalang, menghilangkan parut.
Nota Mimosa:
FOKUS amat penting untuk melakukan sesuatu kerja. Kerana tidak focus, kemalangan yang diingini boleh berlaku. Nasihat untuk diri ini dan pembaca lainnya, HATI-HATI dan FOKUS ya, kalau tak sengsara je akibat kelalaian diri sendiri..!!!

2 comments:

Jurnal Murahan said...

oo gini ceritanya, paham2

kifarah dosa tu, alhamdulillah. semua datang dari tuhan hehe

Faridah Mohd Tap said...

Alhamdulillah wa astaghfirullah