Monday, February 28, 2011

TEGAS, BUKAN GARANG

Ketua unit saya seorang lelaki yang sangat teliti. Sangat sistematik dan focus terhadap kerjanya. Pada suatu hari, seorang teman sekerja menerima sms dari beliau mengenai tugasan yang diberikan kepada teman saya tersebut. Sms tersebut menyatakan,
“I’M USUALLY WORK FAST AND I WANT FAST ACTION FROM MY SUBORDINATE!”
Maka, terkedulah kawan saya tersebut dan harinya berlalu dengan suram kerana sudah ditegur begitu rupa oleh ketua unit. Ini kerana teman sekerja saya tersebut lewat menyiapkan tugasan yang diberikan.
Walaupun begitu, saya sukakan ketelitian ketua unit saya tersebut. Walaupun beliau kelihatan lembut pada aspek luaran, namun dia sangat tegas terutama berkaitan tugasan dan komitmen terhadap kerja. Ketelitiannya itu mengajar saya untuk melaksanankan kerja dengan bersungguh-sungguh sebab saya juga punya ciri sedemikian rupa.
Mungkin juga disebabkan itu, pelajar-pelajarku ‘takut’ dengan ketegasanku berkaitan tugasan dan pelajaran. Walaupun ramai pelajar yang suka aku mengajar mereka, tapi mahu tidak mahu, mereka terpaksa berhadapan dengan ketegasanku. Tambahan pula, aku mengajar subjek Pengajian Malaysia yang di dalamnya melibatkan sejarah, isu semasa, perlembagaan, cabinet, kehakiman, dasar-dasar Negara dan lain-lain yang berkaitan.
Walaupun sesekali aku menggunakan audio-visual, tetapi tetap merupakan pelajaran yang berat untuk pelajar-pelajarku yang ‘lemah’ IQ-EQ nya. Walaupun sudah disenangkan dengan learning smart yang aku ajarkan kepada mereka, tetapi tetap tidak terkejar oleh pelajar-pelajarku. Disebabkan subjek itu berat, maka aku juga dikategorikan seorang yang serius. HeheJ
Namun begitu, ketegasanku bertempat, contohnya...
Aku akan mengunci pintu bagi mereka yang kerap datang lewat hampir 30 minit setelah di tegur berkali-kali.
Sesekali, aku tidak benarkan pelajar-pelajar lelaki keluar dari kelas (biasanya bagi alasan mahu ke tandas) kerana setelah mereka masuk ke kelas semula, mereka bawa sekali bau asap rokok yang sangat kuat.
Aku akan bagi markah rendah kerana berlaku plagiat yang hampir semua orang menulis sesuatu yang sama. Tapi untuk buktikan mereka telah melakukan plagiat...biasanya aku akan pilih secara rawak dari pelajar-pelajar untuk bentang tugasan mereka. Apabila mereka tidak dapat jawab dan akhirnya mengaku copy paste dari internet..aku hanya senyum.
Biasanya aku akan bagi tugasan seawal 3-4 minggu sebelum pembentangan dan penyerahan full assignment. Tarikh pembentangan pula ditentukan oleh mereka sendiri. Apabila mereka tidak hadir/ lewat untuk pembentangan tanpa alasan...maka dengan senang hati aku mengatakan” maaf..waktu pembentangan yang dipersetujui telahpun berakhir. Tetapi berikan saya 5 sebab yang kukuh mengapa saya perlu benarkan kalian buat pembentangan ini. Terima kasih.”...terkial-kial jugaklah diaorang nak jawab, tapi jawapan mereka selalunya...”kami mengaku kami baru buat malam tadi, lepas tu printer rosak. Tu yang terlambat.” Kesimpulannya, last minute work dan tidak komit dengan pelajaran!
Perbincangan dan pembentangan. Oleh kerana pelajar-pelajar ni kuat bercakap sewaktu sesi kelas, maka aku akan bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan minta mereka bentang di depan kelas. Selepas itu, aku akan menyoal sejauhmana kefahaman mereka terhadap topic tersebut. Kekadang tu, aku terpaksa menunggu lama kerana masing2 malu untuk bercakap di depan kawan-kawan sekelas. Pelik pelajar-pelajar ni, bagi peluang bercakap..menikus semuanya. Bila kita mengajar sibuk pula bercakap. Bila Tanya faham atau tidak, semua kata faham. Bila suruh buat kesimpulan, rumusan...masing-masing kata tak faham pulak. Kelakar pun ada.
Sebenarnya, aku berbuat demikian sebagai proses latihan untuk mereka menjadi seorang yang dewasa dan bertanggungjawab. Aku selalu pesan kepada pelajar-pelajarku, aku tidak pernah memandang rendah pada kebolehan mereka. Tetapi mereka perlu berusaha untuk buktikan kebolehan mereka supaya orang lain tidak memandang enteng diri mereka.
Mereka perlu menjadi dewasa dan melupakan zaman sekolah menengah yang semuanya diberi oleh cikgu masing-masing. Apabila mereka telah memilih untuk mengambil diploma, seterusnya menyambung belajar ke peringkat yag lebih tinggi, itulah reality yang mereka perlu hadapi. Kena bersungguh-sungguh, berdikari dan tidak boleh mengharapkan nota dari pensyarah-pensyarah semata-mata. Tugasan pun bukan lagi berbentuk esei spm, tetapi perlu ada kajian, rujukan supaya menjadi jurnal ilmiah.
Maka, untuk pelajar-pelajarku...harap kalian semua mengerti tujuan yang tersirat disebalik ketegasan cikgu. Cikgu boleh bergelak ketawa bersama kalian, mendengar dan memberi pendapat hatta untuk masalah peribadi sekalipun. Tetapi apabila berkaitan komitmen terhadap kelas dan pelajaran, cikgu automatik menjadi tegas. Dan kalian sepatutnya sudah jelas budaya kelas yang cikgu nyatakan di awal kelas. Senyum! J

0 comments: